Dapatkan produk audio LG seperti fon kepala anti bakteria pada separuh harga

Jika anda mencari produk audio seperti pembesar suara mudahalih atau fon kepala wayarles, anda boleh jenguk ke Stor LG Malaysia kerana mereka kini menawarkan diskaun sehingga 50% untuk beberapa produk audio mereka.

Tawaran ini diadakan selama 10 hari, dari 1 hingga 10 Oktober 2020, khusus di Stor LG Tech Store di Lazada dan Shopee. Selain promosi sempena 10.10, ia juga untuk meraikan pembukaan stor tersebut.

Produk audio LG yang disenaraikan di dalam promosi ini ialah fon kepala wayarles LG Tone Free dengan bekas anti bakteria, speaker mudahalih Xboom Go dan juga Xboom ON. Senarai harga dan diskaun yang diberikan adalah seperti berikut:

  • LG Tone Free [HBS-FN4] – RM 599 RM 299
  • LG Tone Free [HBS-FN6] – RM 799 RM 499
  • LG Xboom Go [PL2] – RM 419 RM 249
  • LG Xboom Go [PL5] – RM 649 RM 399
  • LG Xboom On [ON5] – RM 1,299 RM 899
  • LG Xboom On [ON7] – RM 1,499 RM 1,199

LG Free Tone adalah fon kepala terbaru dari LG, yang dihasilkan dengan kerjasama pakar audio Meridian. Terdapat dua warna disediakan iaitu hitam dan putih. Selain itu, ia ditawarkan dalam dua jenis bekas pengecas. Model HBS-FN4 adalah bekas pengecas biasa, manakala HBS-FN6 adalah bekas pengecas dengan fungsi pembasmi bakteria.

LG Xboom Go adalah speaker mudahalih dengan bateri terbina, manakala XBoom On adalah pembesar suara berkuasa tinggi. Jangan terlepas menikmati tawaran ini di Lazada dan Shopee, sehingga 10 Oktober 2020 sahaja.