• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Pelan Hotlink tanpa had kini ada hotspot tanpa had, hanya tambah RM5

  • OLEH Najib
  • 1:29 pm
  • 05/10/2020
  • Komen
Pelan Hotlink tanpa had kini ada hotspot tanpa had, hanya tambah RM5
Share on FacebookShare on Twitter

Di Malaysia, masih belum ada tawaran pelan internet mudah alih di bawah RM50/bulan, yang memberikan internet tanpa had bersama hotspot tanpa had. Sehinggalah pengumuman terbaru dari Maxis ini, yang memerlukan pelanggan pelan tanpa had, menambah hanya RM5 untuk mendapatkan hotspot tanpa had.

Hotlink telah melancarkan pelan prabayar dengan internet dan panggilan tanpa had, tetapi kelajuan internet disekat serta tiada kuota hotspot, pada bulan Jun lepas. Terdapat dua jenis pelan disediakan dengan sekatan kelajuan berbeza. Pelan tanpa had 3Mbps berharga RM35/bulan manakala pelan tanpa had 6Mbps pula RM45/bulan.



Kini Hotlink menawarkan hotspot tanpa had bersama pelan tanpa had mereka, dengan tambahan RM5 sahaja. Ini akan menjadikan pelan 3Mbps berharga RM40/bulan dan pelan 6Mbps RM50/bulan, jika ditambah hotspot.

Hotspot ini akan menuruti sekatan kelajuan pelan. Jika melanggan pelan 3Mbps, maka hotspot juga berkelajuan 3Mbps. Selain itu, tempoh sah Hotspot juga sama dengan tempoh sah pelan tanpa had. Sebaiknya, pelanggan mengaktifkan terus pas Hotspot selepas membeli pelan tanpa had Hotlink. Pas Hotspot ini juga tidak diperbaharui secara automatik, pelanggan perlu membeli secara manual, setiap kali memperbaharui pelan tanpa had Hotlink.



Selain pas Hotspot tanpa had dengan kelajuan disekat, pelanggan juga boleh membeli pas Hotspot berkelajuan tinggi, dari RM1 untuk 1 jam, sehingga RM10 dengan 5GB untuk 7 hari.

Pelanggan juga perlu mengetahui bahawa pas Hotspot tanpa had ini memiliki Polisi Penggunaan Saksama (Fair Usage Policy, FUP) yang sama seperti pelan tanpa had, iaitu 50GB/bulan. Apabila mencapai had ini, kelajuan akan disekat lebih perlahan kepada 512Kbps sahaja. Menurut Maxis, ia masih boleh memberi pengalaman menonton video definisi standard (SD) dengan lancar.

Dengan ini, pelanggan Hotlink kini boleh menikmati internet tanpa had (FUP 50GB), bersama hotspot tanpa had (FUP 50GB) pada harga RM50 dan ke bawah. Untuk maklumat lanjut serta terma dan syarat, layari laman web Prabayar Hotlink Tanpa Had.

Tags: hotlink
Najib

Najib

POPULAR

Pelan Hotlink tanpa had kini ada hotspot tanpa had, hanya tambah RM5

Pelan Hotlink tanpa had kini ada hotspot tanpa had, hanya tambah RM5

5 October 2020
Tecno Pova 8 5G dilancar di Malaysia dengan bateri gergasi 8,000mAh, harga RM1,399

Tecno Pova 8 5G dilancar di Malaysia dengan bateri gergasi 8,000mAh, harga RM1,399

27 July 2026
Samsung Wallet kini sokong pembayaran QR Maybank MAE di Malaysia

Samsung Wallet kini sokong pembayaran QR Maybank MAE di Malaysia

25 July 2026
Samsung lancar Galaxy A07 5G, telefon 5G bajet dengan sokongan OS 6 tahun

Samsung umum kenaikan harga untuk Galaxy A17 dan Galaxy A07 di Malaysia

27 July 2026
CelcomDigi tawar ansuran 0% faedah 6 bulan menerusi SPayLater untuk telefon 5G terpilih

CelcomDigi tawar ansuran 0% faedah 6 bulan menerusi SPayLater untuk telefon 5G terpilih

30 July 2026
Facebook Verified: Ini perkara anda perlu tahu tentang lencana percuma baru Meta

Facebook Verified: Ini perkara anda perlu tahu tentang lencana percuma baru Meta

27 July 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN