• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Fon kepala TWS, jam pintar dan tablet baru Huawei kini boleh dibeli di Malaysia

  • OLEH Najib
  • 1:04 pm
  • 12/10/2020
  • Komen
Fon kepala TWS, jam pintar dan tablet baru Huawei kini boleh dibeli di Malaysia
Share on FacebookShare on Twitter

Huawei baru-baru ini mengumumkan, telah mula menjual tiga produk baru ke Malaysia. Tiga produk tersebut ialah fon kepala wayarles Huawei FreeBuds Pro, jam pintar Huawei Watch GT 2 Pro dan tablet Huawei MatePad T10s.

Ketiga-tiga produk ini telah mula dijual di Malaysia pada 10 Oktober 2020 dan boleh didapati di Stor Online Huawei, Lazada dan Shopee. Harga jualannya adalah seperti berikut:



  • Huawei FreeBuds Pro – RM 699
  • Huawei Watch GT 2 Pro – RM 1,199
  • Huawei MatePad T10s – RM 999

Huawei FreeBuds Pro

Rupa Huawei FreeBuds Pro ini sangat mirip dengan Apple AirPods Pro, dengan rekaan lebih petak. Ia dilengkapi teknologi pembatalan hingar aktif (ANC) pintar dinamik, di mana ia boleh berubah menuruti suasana pesekitaran.

Fon kepala ini menggunakan rekaan dalam telinga dan ia datang dengan tip boleh ubah pelbagai saiz. Ia juga menyokong kawalan pelbagai sentuh seperti menekan, meleret dan memicit.



Bateri di dalamnya memberikan masa bermain muzik sehingga 7 jam dan gandingan bekas pengecas, memberikan masa bermain muzik sehingga 30 jam. Jika ANC diaktifkan, ia boleh digunakan sehingga 4.5 jam sekali cas atau sehingga 20 jam bersama bekas pengecas.

Bekas pengecas FreeBuds Pro menyokong pengecasan wayarles, selain mengecas melalui sambungan USB-C. Ia juga menyokong pemadanan pantas jika bekas pengecas dibuka berhampiran peranti Huawei.

Huawei Watch GT 2 Pro

Jam pintar terbaru Huawei ini adalah versi naik taraf dari Watch GT 2, menampilkan rekaan premium seperti bingkai titanium, kaca nilam dan badan belakang seramik. Ia dikuasakan cip Kirin A1 yang sama serta skrin AMOLED seluas 1.39-inci.

Bateri di dalamnya memberi tenaga sehingga 14 hari dan ia turut menyokong pengecasan wayarles Qi. Bermakna, ia boleh dicas di belakang telefon yang menyokong pengecasan wayarles terbalik.

Selain sokongan lebih 100 mod kecergasan, jam pintar baru ini ditambah fungsi “route back” di mana ia membolehkan pengguna menjejak kembali laluan pulang melalui data GPS. Pemantauan denyutan nadi dipertingkat melalui sensor TruSeen 4.0+ yang baru, mengurangkan penggunaan tenaga dan meningkatkan ketepatan bacaan.

Huawei MatePad T10s

Tablet ini menampilkan skrin IPS HD penuh berukuran 10.1-inci dengan kuasa pemproses Kirin 710A, bersama RAM 3GB dan storan 64GB. Ia menerima kad mikroSD untuk storan tambahan.

Sistem bunyi stereo terdapat di tablet ini, menerusi dwi-speaker yang ditala oleh Harman Kardon. Ia juga mengekalkan jek audio 3.5mm. Untuk bergambar, ia ada kamera 5MP di belakang dan kamera 2MP di hadapan.

Tenaga tablet ini disalurkan dari bateri 5,100mAh dan mengecas melalui USB-C. Perlu diambil perhatian, tablet ini tidak memiliki aplikasi dan perkhidmatan Google dan menggunakan Huawei AppGallery untuk memuat turun aplikasi.

Tags: HuaweiHuawei FreeBuds ProHuawei MatePad T10sHuawei Watch GT 2 Pro
Najib

Najib

POPULAR

BUDI95: Kenapa jumlah di pam RON95 lebih tinggi dari bayaran sebenar? Ini sebabnya

BUDI95: Kenapa jumlah di pam RON95 lebih tinggi dari bayaran sebenar? Ini sebabnya

1 October 2025
Xiaomi 17, 17 Pro & 17 Pro Max dilancar: Bateri 7,500mAh, kamera Leica & skrin belakang baru

Xiaomi 17, 17 Pro & 17 Pro Max dilancar: Bateri 7,500mAh, kamera Leica & skrin belakang baru

29 September 2025
Yes tawar iPhone 17 Pro paling mampu milik di Malaysia, dapatkan sekarang

Yes tawar iPhone 17 Pro paling mampu milik di Malaysia, dapatkan sekarang

20 September 2025
Fon kepala TWS, jam pintar dan tablet baru Huawei kini boleh dibeli di Malaysia

Fon kepala TWS, jam pintar dan tablet baru Huawei kini boleh dibeli di Malaysia

12 October 2020
Cari telefon bajet lancar untuk gaming dan bateri tahan lama? Pertimbang OPPO A6 Pro 5G

Cari telefon bajet lancar untuk gaming dan bateri tahan lama? Pertimbang OPPO A6 Pro 5G

2 October 2025
Samsung jadikan AI lebih mampu milik dengan Galaxy S25 FE

Samsung jadikan AI lebih mampu milik dengan Galaxy S25 FE

7 October 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER