• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Laman web Sony Malaysia papar harga Xperia 1 II dan Xperia 5 II bermula dari RM4,099

  • OLEH Najib
  • 11:13 am
  • 13/10/2020
  • Komen
Laman web Sony Malaysia papar harga Xperia 1 II dan Xperia 5 II bermula dari RM4,099
Share on FacebookShare on Twitter

Jika anda peminat telefon pintar Sony, maka berita ini pasti menggembirakan. Dua model baru telefon pintar Sony Xperia, akan tiba di Malaysia tidak lama lagi iaitu Sony Xperia 1 II dan Sony Xperia 5 II.

Menariknya, walaupun belum dilancarkan secara rasmi di Malaysia, laman web Sony Malaysia telah menyenaraikan kedua-dua telefon pintar tersebut bersama harganya, iaitu:



  • Sony Xperia 1 II (RAM 8GB + Storan 256GB) – RM4,999
  • Sony Xperia 5 II (RAM 8GB + Storan 256GB) – RM4,099

Sebelum ini, Sony Malaysia telah mengumumkan akan mula menjual Sony Xperia 1 II sekitar bulan November 2020 manakala untuk Xperia 5 II pula, sekitar bulan Disember 2020. Buat masa ini, Sony belum membuka tempahan awal untuk peranti ini. Tetapi menurut kebiasaan sebelum ini, Sony akan memberikan hadiah percuma yang lumayan untuk mereka yang membuat tempahan awal.

Telefon pintar Sony Xperia 1 II dan Xperia 5 II memiliki banyak persamaan. Kedua-duanya adalah telefon pintar kelas flagship yang dikuasakan pemproses Snapdragon 865. Baterinya sebesar 4,000mAh dan menyokong pengecasan pantas USB-PD, serta menerima kad mikroSD untuk storan tambahan.



Sony Xperia 1 II

Ia ada tiga kamera 12MP di belakang gabungan kamera utama, ultra lebar dan telefoto. Kamera ini turut dipasang kaca optik ZEISS. Sony juga melengkapi teknologi seperti Eye AF, mod Burst 20fps dan Cinematography Pro oleh CineAlta pada kamera telefon ini.

Perbezaan ketara antara kedua-dua telefon ini ialah pada skrin. Xperia 1 II memiliki skrin 6.5-inci 4K OLED HDR dengan kadar penyegaran biasa 60Hz. Manakala di Xperia 5 II, skrinnya berukuran 6.1-inci HD Penuh jenis OLED HDR bersama kadar penyegaran 120Hz. Menurut Sony, jika teknologi Motion Blur Reduction diaktifkan di Xperia 5 II, pengguna akan dapat melihat paparan yang lebih lancar bersamaan dengan kadar 240Hz ketika bermain games.

Lain-lain perkara yang dikongsi kedua-dua telefon ini ialah kalis air dan debu IP68, speaker stereo dan sokongan PS4 Remote Play. Sebagai tambahan, hanya Sony Xperia 1 II menyokong pengecasan wayarles.

Sumber: SoyaCincau

Tags: SonySony Xperia 1 IISony Xperia 5 II
Najib

Najib

POPULAR

Laman web Sony Malaysia papar harga Xperia 1 II dan Xperia 5 II bermula dari RM4,099

Laman web Sony Malaysia papar harga Xperia 1 II dan Xperia 5 II bermula dari RM4,099

13 October 2020
AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

28 May 2025
Xiaomi Pad 7S Pro dilancar, tablet pertama guna cip XRing O1 buatan Xiaomi

Xiaomi Pad 7S Pro dilancar, tablet pertama guna cip XRing O1 buatan Xiaomi

7 July 2025
iQoo Z10 tiba di Malaysia, telefon gaming bajet dengan bateri besar 7,300mAh

iQoo Z10 tiba di Malaysia, telefon gaming bajet dengan bateri besar 7,300mAh

3 July 2025
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

21 June 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER