Jumlah hari semenjak PKP dilaksanakan

HARI

PKP bermula pada: 18 Mac, 2020

PKPP dijangka tamat dalam

HARI

PKPP dijangka ditamatkan pada 31 Dec, 2020

Ikuti liputan COVID‑19 kami di sini

Canon umum EOS M50 Mark II, gaya macam naik taraf firmware sahaja

Canon telah melancarkan EOS M50 Mark II. Ia adalah versi naik taraf M50 Mark I yang masuki Malaysia pada pertenghan tahun 2018 pada harga bermula 2,799.

Tapi, dengan jarak dua tahun antara model ini, saya tak rasakan naik tarafnya berbaloi. Hal ini kerana, a masih menggunakan sensor 24.1MP dengan cip Digic 8, komponen yang sama pada M50 asal. Sepautunya buat masa ini ia sudahpun menerima sensor 32.5MP EOS M6 Mark II.

Berikut adalah tambah baik yang diketengahkan Canon:

  • Autofokus yang ditambah baik
  • Sokongan merakam video menegak
  • Paparan boleh kilas yang ada butang digital untuk mula rakam
  • Boleh tukarkan kamera jadi webcam gunakan EOS Webcam Utility
  • Terus berlivestream melalui kamera ke YouTube
  • Boleh sentuh skrin untuk autofocus walaupun sedang melihat menerusi EVF

Saya tak tahulah dengan anda, tapi pada saya, semuanya kedengaran seperti firmware update semata-mata dan bukannya hardware update.

Daripada segi rupa paras, kedudukan butang, bateri dan sebagainya, ia masih mewarisi segalanya daripada M50 asal.

Spesifikasi teknikal Canon EOS M50 Mark II

  • Sensor 24MP
  • Kaki lensa EF-M dengan factor crop 1.6x
  • Pemproses imej Digic 8
  • ISO Natif antara 100 hingga 256K (boleh dipacu hingga 512K)
  • Paparan boleh kilas 3” pada resolusi 1.04MP
  • EVF pada resolusi 2.36MP
  • Tangkapan selanjar sehingga 10fps
  • Resolusi video sehingga [email protected], [email protected], [email protected]
  • Ekaslot SD
  • Bateri LP-E12 dengan skor CIPA 305
  • Ada sambungan mikro-HDMI, jek mikrofon, Wi-Fi, Bluetooth

Canon EOS M50 Mark II akan masuki pasaran A.S terlebih dahulu pada harga seperti berikut:

  • USD600 (body)
  • USD700 (dengan EF-M 15-45)
  • USD930 (dengan EF-M 15-45 & 55-200)
BACA  Oppo A93: Maklumat penjualannya di Malaysia

Sebagai perbandingan, EOS M50 sekarang dijual pada harga bermula RM2,749 sehingga RM4,199 untuk kombo dengan lensa 15-45mm dan 55-200mm.

Layari laman rasmi produk untuk maklumat lanjut.