EOS M50 Ada Segalanya Untuk Jadi Sebuah Kamera Vlogging Ideal

Untuk tahun 2017, Canon ada lancarkan EOS 200D, sebuah DSLR kompak yang amat sesuai untuk juruvideo solo. Tapi untuk tahun 2018, Canon mengemas kini siri EOS M pula dengan kehadiran M50 yang saya nampak ditujukan khas untuk kumpulan yang ingin berjinak dengan dunia fotografi/videografi tanpa keluarkan belanja lebih.

Mana taknya, untuk harga kurang daripada RM3,000 anda beroleh sebuah kamera yang ada spesifikasi setara kamera yang lebih mahal seperti EOS 60D Mark II. Cumanya beberapa kompromi harus dilakukan bagi mengekalkan harga mampu milik.

Misalnya, badannya amat keplastikkan dan tiada fungsi kalis cuaca seperti kamera yang lebih premium. Satu lagi masalah adalah baterinya yang agak kecil. Bateri LP-E10 hanyalah berkapasiti 860mAh.

Untuk perbandingan, bateri LP-E17 yang digunakan oleh EOS M6 bersaiz 1040mAh. Tapi itu sajalah rungutan saya tentang kamera ini.

Badannya amat kompak untuk sebuah kamera dengan sensor APS-C. Sebanyak 24.1 juta piksel meliputi sensor. Imej data diproses oleh pemproses DiGiC 8 yang memberikan keupayaan merakam video 4K, ciri yang pertama ada pada kamera Canon EOS.

Seperti kebanyakkan kamera yang dilancarkan Canon sejak kebalakangan ini, teknologi Dual Pixel AF hadir sebagai ruji. Ia cemerlang membidik fokus dan pantas juga dalam mencari mata subjek untuk difokus. Ciri ini penting kepada vlogger kerana mereka bergerak solo dan mengubah fokus semasa merakam amat menyusahkan mereka.

Satu lagi ciri menarik yang diberikan pada kamera ini adalah skrin boleh kilas Vari-angle. Berbanding EOS M6 dan EOS M5, ia dikilas ke sisi. Hal ini bermakna lubang tripod dan hotshoe tidak terjejas semasa merakam diri sendiri.

Selain EOS M50, Canon turut memperkenalkan dua ahli baru siri EOS DSLR iaitu 1500D dan 3000D.

BACA  3 hadiah percuma untuk tempahan awal Huawei Y Max

Canon EOS 1500D & 3000D

Kamera ini berada dalam kategori permulaan dan ditujukan pada golongan yang baru berlajar memegang kamera DSLR. Kedua-dua kamera berkongsi ciri-ciri utama kecuali pada saiz sensor.

1500D memiliki sensor 24.1MP manakala 3000D ada sensor 18.0MP.

Spesifikasi yang dikongsi antara mereka adalah ketiadaan Dual Pixel AF seperti EOS M50 sebaliknya digantikan dengan titik fokus biasa.

Badannya sama plastik seperti EOS M50 tetapi tiada skrin boleh kilas hadir bersamanya.

Harga

Ketiga-tiga kamera sudah mula boleh dibeli bermula hari ini di Lazada ataupun mana-mana kedai konsep Canon. Mereka dijual pada harga seperti berikut:

  • EOS M50 (badan) – RM2,799
  • EOS M50 + EF-M 15-45mm – RM3,199
  • EOS M50 + EF-M 15.45mm + EF-M 55-200mm – RM4,299
  • EOS 1500D + 18-55mm – RM2,349
  • EOS 3000D + 18-55mm – RM1,799

Layari laman rasmi produk untuk maklumat lanjut.