• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Tiga perkakas Razer dihiasi Pikachu ini boleh dibeli di Malaysia

  • OLEH Najib
  • 6:14 pm
  • 16/10/2020
  • Komen
Tiga perkakas Razer dihiasi Pikachu ini boleh dibeli di Malaysia
Share on FacebookShare on Twitter

Jika anda peminat Pokémon terutama sekali watak Pikachu, maka anda boleh menambah koleksi Pokémon anda dengan perkakas edisi terhad Pikachu oleh Razer. Razer mengumumkan mereka telah menghasilkan tiga perkakas komputer Edisi Terhad Pikachu untuk pasaran Asia Pasifik, termasuk Malaysia.

Tiga perkakas komputer comel Razer yang dihiasi watak Pikachu tersebut dan harganya adalah:



  • Fon Telinga – Hammerhead True Wireless Pikachu Limited Edition: RM699
  • Papan Kekunci – Ornata Expert Pikachu Limited Edition: RM459
  • Tetikus & lapik – DeathAdder Essential & Goliathus Pikachu Limited Edition Bundle: RM249

Selain di Malaysia, Razer turut menjual Edisi Terhad Pikachu di Taiwan, Hong Kong, Singapura, Indonesia dan Thailand. Semua ini boleh didapati di Stor Online Razer dan di semua pengedar sah Razer.

Razer Hammerhead TWS Pikachu Limited Edition

Fon telinga TWS ini datang di dalam bekas pengecas berbentuk PokéBall, menjadikannya salah satu perkakas penting dalam usaha menangkap semua Pokémon di dunia. Hayat baterinya boleh bertahan sehingga 16 jam bersama bekas pengecas dan mengambil masa 1.5 jam untuk dicas penuh.



Razer Ornata Expert Pikachu Limited Edition

Setiap kekuncinya berlampu kuning dan boleh diubahsuai efek melalui aplikasi Razer Synapse. Ia menggunakan kekunci membran yang lembut dengan rasa taktil suis mekanikal. Pasang pelapik pergelangan tangan untuk rasa selesa penggunaan lebih lama.

Razer DeathAdder Essential Pikachu Limited Edition

Tetikus popular Razer ini diperkasa logo elektrik Pikachu dengan sensor optikal 6,400 DPI, lima butang Hyperesponse boleh diprogram, kekunci tetikus mekanikal Razer dengan hayat 10 juta klik, rekaan ergonomik tangan kanan, berat 96g dan panjang kabel USB 2.1 meter.

Razer Goliathus Pikachu Limited Edition

Lapik tetikus ini memiliki permukaan berasaskan kain dan dioptimumkan untuk pelbagai sensor tetikus. Bahagian bawahnya anti gelincir manakala sisinya dijahit agar tidak berambu.

Untuk maklumat lanjut, layari laman produk Razer x Pokémon.

Tags: PikachupokemonrazerRazer DeathAdderRazer GoliathusRazer Hammerhead True WirelessRazer Ornata Expert
Najib

Najib

POPULAR

Tiga perkakas Razer dihiasi Pikachu ini boleh dibeli di Malaysia

Tiga perkakas Razer dihiasi Pikachu ini boleh dibeli di Malaysia

16 October 2020
Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

25 February 2025
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

19 February 2025
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
TIPS: 5 Cara semak kiblat dengan tepat jika anda tidak jumpa arah kiblat

TIPS: 5 Cara semak kiblat dengan tepat jika anda tidak jumpa arah kiblat

6 April 2023

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER