• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Netflix mahu uji tontonan percuma tanpa melanggan, terbuka untuk semua

  • OLEH Najib
  • 2:37 pm
  • 22/10/2020
  • Komen
Netflix mahu uji tontonan percuma tanpa melanggan, terbuka untuk semua
Share on FacebookShare on Twitter

Populariti Netflix sebagai platform penstriman video semakin meningkat kebelakangan ini, lebih-lebih lagi di waktu orang ramai terpaksa duduk di rumah akibat dunia dilanda wabak COVID-19. Walaupun begitu, jumlah pelanggan mereka masih rendah berbanding unjuran awal, memaksa Netflix masih mencari cara lebih berkesan untuk menarik pengguna baru.

Di India, Netflix dilaporkan sedang merancang untuk mengadakan acara dua-hari, membolehkan semua orang menonton kandungan Netflix secara percuma, tanpa perlu melanggan. Perkara ini disahkan oleh Ketua Pegawai Operasi (COO) Netflix, Greg Peters semasa ditemubual selepas Netflix membentangkan laporan suku ketiga 2020.



Netflix kini berbahasa Melayu

Beliau menyatakan, promosi tersebut dipanggil sebagai “StreamFest” dan akan diadakan di India. Percubaan ini akan dimulakan pada 4 Disember 2020, dan mungkin diteruskan di negara lain jika mendapat sambutan yang menggalakkan.

Sebelum ini, Netflix pernah menjadikan India sebagai tapak ujian pelan Mobile termurah mereka, seterusnya melancarkan pelan tersebut di negara lain termasuk Malaysia, 3 bulan selepas itu.



Netflix juga dilaporkan telah memberhentikan tawaran 30-hari percuma untuk pelanggan baru di Amerika Syarikat. Bagaimanapun, pemeriksaan di laman web Netflix Malaysia menyatakan, pengguna baharu layak menerima diskaun 50% bagi 2 bulan pertama, atau bayar 1 bulan dan dapatkan 1 bulan percuma.

Secara teknikal, ia masih memberikan 30 hari percuma. Bezanya, sebelum ini pengguna baharu hanya mula membayar pada bulan kedua. Tetapi kini, perlu membayar dari bulan pertama lagi sebelum dapat menikmati 30 hari percuma, atau diskaun 50%.

Netflix juga telah dan masih menjalankan promosi menonton kandungan terpilih secara percuma. Pengguna di Malaysia boleh menonton kandungan percuma ini, tanpa perlu mendaftar atau melanggan Netflix. Untuk filem, ia disiarkan secara penuh. Tetapi untuk drama bersiri, hanya episod pertama boleh ditonton percuma. Maklumat lanjut tentang senarai kandungan percuma dan cara menontonnya, boleh dirujuk di artikel kami di bawah ini.

Tonton Netflix percuma tanpa perlu daftar di laman ini

Sekiranya anda berminat untuk melanggan Netflix, ia boleh dilanggan dari serendah RM17/bulan sehingga RM55/bulan. Pelan paling murah tidak menyediakan kandungan HD penuh dan hanya boleh dilayani di peranti mudah alih. Pelan paling mahal pula, membenarkan sehingga 4 tontonan serentak di semua platform, dengan resolusi kandungan sehingga UHD 4K.

Sumber: The Verge

Tags: Netflix
Najib

Najib

POPULAR

Beli iPhone 18 Pro mengikut gaya anda: Yes tawar lebih banyak pilihan dengan rebat & cashback

Beli iPhone 18 Pro mengikut gaya anda: Yes tawar lebih banyak pilihan dengan rebat & cashback

17 September 2026
Netflix mahu uji tontonan percuma tanpa melanggan, terbuka untuk semua

Netflix mahu uji tontonan percuma tanpa melanggan, terbuka untuk semua

22 October 2020
Jangan simpan GrabCoins anda. Tukarkannya kepada baucar dan diskaun!

Jangan simpan GrabCoins anda. Tukarkannya kepada baucar dan diskaun!

14 August 2026
Cari laptop kerja & gaming berbaloi? Ini sebab MSI Cyborg 15 Max patut jadi pilihan

Cari laptop kerja & gaming berbaloi? Ini sebab MSI Cyborg 15 Max patut jadi pilihan

2 October 2026
Sukar pilih laptop kerja yang tepat? MSI Modern 16S AI+ mungkin selesaikan dilema anda

Sukar pilih laptop kerja yang tepat? MSI Modern 16S AI+ mungkin selesaikan dilema anda

6 October 2026
Infinix Smart 20e, telefon bajet RM549 dengan skrin 120Hz dan penarafan IP64

Infinix Smart 20e, telefon bajet RM549 dengan skrin 120Hz dan penarafan IP64

8 October 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN