• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Jenama Apple

iPhone 12 telah lulus SIRIM, tapi bila ia mula dijual?

  • OLEH Najib
  • 2:50 pm
  • 26/10/2020
  • Komen
iPhone 12 telah lulus SIRIM, tapi bila ia mula dijual?
Share on FacebookShare on Twitter

Telefon pintar terbaru Apple, iPhone 12 telah mula dijual di beberapa negara seperti Amerika Syarikat, United Kingdom, Australia dan Singapura. Bagaimanapun, tarikh jualannya di Malaysia masih belum diketahui.

Sejurus selepas tamat pelancaran iPhone 12 dua minggu lepas, Apple telah menyenaraikan harga rasmi semua model iPhone 12 untuk pasaran Malaysia. Tetapi ia tidak menyatakan bilakah ia akan dijual. Syarikat telekomunikasi dan pengedar sah Apple di Malaysia, juga sudah mula menaikkan iklan iPhone 12 “akan datang tidak lama lagi”.



Tahun lepas, keluarga iPhone 11 dijual di Malaysia seminggu selepas jualan di Singapura. Ia adalah tempoh paling pantas iPhone dijual di Malaysia selepas dilancarkan. Dengan jualan secepat ini, pengguna di Malaysia tidak perlu menyeberang ke Singapura atau membeli set import yang jauh lebih mahal, untuk menjadi pemilik terawal iPhone.

Bila iPhone 12 dijual di Malaysia?

Buat masa ini, semua model iPhone 12 iaitu iPhone 12 mini, iPhone 12, iPhone 12 Pro dan iPhone 12 Pro Max, semuanya telah lulus pengesahan SIRIM. Semua model disenaraikan dengan sokongan 5G, termasuk jalur 700Mhz dan 3500MHz. Satu lagi produk Apple dengan nombor model “MZ20-FT012-01 with NFC” turut tersenarai di SIRIM, dijangka adalah pengecas MagSafe.



Dengan kelulusan SIRIM, bermakna iPhone 12 sudah sedia dijual dan digunakan di Malaysia. Tetapi mengapa masih belum diumumkan penjualannya di sini?

Selepas jualan gelombang pertama minggu lepas, Apple sebenarnya masih belum mengeluarkan senarai negara gelombang kedua. Ia mungkin berkaitan masalah penghantaran yang terganggu akibat wabak COVID-19, di mana pelancaran iPhone 12 sendiri telah dilewatkan sebulan.

Untuk memulakan jualan, kebiasaannya Apple akan memberi tempoh seminggu untuk tempahan awal. Bagaimanapun masih tiada makluman berkenaan tempahan awal minggu lepas, bermakna iPhone 12 akan terlepas bulan Oktober untuk jualan pertama di Malaysia.

Jika anda masih mahu menjadi yang terawal menjadi pemilik iPhone 12, anda sudah boleh mendapatkan set import dari Singapura atau beberapa negara lain, di mana beberapa penjual tempatan dilihat sudah mula memiliki stok. Kalau tidak, boleh tunggu beberapa minggu lagi untuk set tempatan tiba.

Adakah anda akan menunggu ia dilancarkan di Malaysia atau membeli set import?

Sumber Gambar: Apple

Tags: appleApple iPhone 12
Najib

Najib

POPULAR

AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

Touch ‘n Go lancar kad TNG LED Edisi Terhad, boleh menyala setiap kali anda tap

28 May 2025
Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

25 March 2025
iPhone 12 telah lulus SIRIM, tapi bila ia mula dijual?

iPhone 12 telah lulus SIRIM, tapi bila ia mula dijual?

26 October 2020
LG Puricare™ AeroBooster: Penyelesaian udara bersih dan pintar untuk keluarga anda

LG Puricare™ AeroBooster: Penyelesaian udara bersih dan pintar untuk keluarga anda

23 May 2025
Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

25 February 2025
Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

19 February 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER