• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Oppo A73 akan hadir dengan kemasan seakan kulit di belakang

  • OLEH Najib
  • 5:44 pm
  • 27/10/2020
  • Komen
Oppo A73 akan hadir dengan kemasan seakan kulit di belakang
Share on FacebookShare on Twitter

Oppo Malaysia hari ini memuat naik gambar tentang telefon pintar baru yang akan mereka lancarkan tidak lama lagi. Ia adalah Oppo A73, mengisi barisan telefon pintar kelas pertengahan dengan ciri unik, kemasan seperti kulit di belakang.

Pelancaran Oppo A73 akan diadakan pada hari Selasa, 3 November 2020, pukul 1 petang. Oppo turut menyatakan bahawa telefon ini akan dijual secara eksklusif di Shopee.



Walaupun Oppo siri A bukanlah asing di Malaysia, nombor 7 sebenarnya tidak pernah dilancarkan di sini. Model Oppo yang pernah dilancarkan di Malaysia adalah Oppo A3x, Oppo A5x atau Oppo A9x. Sudah pasti, Oppo A73 akan mengisi ruang di antara Oppo A53 dan Oppo A93 yang baru sahaja dilancarkan di sini.

Maklumat tentang Oppo A73 masih gersang di alam maya. Tetapi carian di laman sesawang membawa kami ke Tunisia, di mana Oppo A73 telah dilancarkan di sana. Dari gambar dan spesifikasi Oppo A73 Tunisia, dapat disahkan ia adalah serupa dengan gambar dari Oppo Malaysia, tetapi ada sedikit perbezaan.



Oppo A73 di Tunisia

Di Tunisia, Oppo A73 telah dilancarkan di dalam warna biru dan putih. Manakala gambar dari Oppo Malaysia, menunjukkan Oppo A73 di dalam warna biru dan oren. Kedua-dua Oppo A73 di Tunisia dan Malaysia ini, menggunakan kemasan seakan kulit di belakang. Bukan kaca, gelas atau besi.

Bagaimanapun, terdapat penerangan di laman Oppo A73 Tunisia tentang kemasan belakang tersebut. Ia bukanlah menggunakan kulit asli atau tiruan, sebaliknya ia adalah plastik yang direka agar kelihatan seperti kulit.

Antara spesifikasi Oppo A73 yang disenaraikan di laman web Oppo Tunisia adalah:

  • Pemproses Snapdragon 662
  • RAM LPDDR4x 6GB
  • Storan 128GB
  • Skrin AMOLED 6.44-inci HD Penuh 60Hz
  • Kamera belakang: utama 16MP, ultra lebar 8MP, 2x mono 2MP
  • Kamera depan: 16MP dalam takuk
  • Bateri 4,015mAh
  • Pengecasan pantas VOOC 4.0 30W

Oppo A73 turut memiliki jek audio 3.5mm, port USB-C, pengimbas capjari dalam skrin, serta menjalankan sistem operasi ColorOS 7.2 berasaskan Android 10. Tiada harga tentang Oppo A73 dapat ditemui, tetapi boleh dijangkakan ia akan lebih murah dari Oppo A93 yang berharga RM1,299 di Malaysia.

Maklumat lanjut pasti akan diketahui pada hari pelancarannya minggu hadapan, 3 November 2020.

Tags: oppoOppo A73
Najib

Najib

POPULAR

Oppo A73 akan hadir dengan kemasan seakan kulit di belakang

Oppo A73 akan hadir dengan kemasan seakan kulit di belakang

27 October 2020
Siri Redmi Note 17 kini boleh ditempah di Malaysia: Ini spesifikasi penuhnya

Siri Redmi Note 17 kini boleh ditempah di Malaysia: Ini spesifikasi penuhnya

28 August 2026
Realme C100x rasmi di Malaysia, tawar bateri 8,000mAh dan skrin 120Hz bawah RM1,000

Realme C100x rasmi di Malaysia, tawar bateri 8,000mAh dan skrin 120Hz bawah RM1,000

1 September 2026
Vivo V80 Lite 5G dengan bateri 10,000mAh rasmi di Malaysia, harga dari RM1,399

Vivo V80 Lite 5G dengan bateri 10,000mAh rasmi di Malaysia, harga dari RM1,399

4 September 2026
Siri Poco F9 tiba di Malaysia: Skrin 185Hz, kamera 200MP, promo dari RM2,799

Siri Poco F9 tiba di Malaysia: Skrin 185Hz, kamera 200MP, promo dari RM2,799

1 September 2026
Redmi Note 17 5G & 4G Malaysia: Skrin besar 6.99″, bateri 7,700mAh, dari RM749

Redmi Note 17 5G & 4G Malaysia: Skrin besar 6.99″, bateri 7,700mAh, dari RM749

2 September 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN