• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Kerajaan turunkan harga siling topeng muka 3-lapis kepada 70sen

  • OLEH Najib
  • 12:19 pm
  • 28/10/2020
  • Komen
Share on FacebookShare on Twitter

Sejak 15 Ogos 2020, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) telah mewartakan harga runcit maksimum pelitup muka perubatan 3-lapis kepada RM1 sekeping dan harga borong kepada RM0.95. Melihat kepada keperluan untuk menggunakan pelitup masih diteruskan, KPDNHEP telah membuat kajian semula dan akan menetapkan harga baru yang lebih rendah.

Sumber: KPDNHEP

Bermula hari Ahad, 1 November 2020, harga baru maksimum untuk pelitup muka perubatan 3-lapis ialah RM0.70 sekeping dan harga borong pula RM0.65 sekeping. Harga baru ini 30% lebih murah dari harga sebelumnya iaitu RM1 sekeping.



Harga pelitup muka lain pula ditetapkan pada RM0.07 sekeping untuk 1-lapis, RM0.20 sekeping untuk 2-lapis dan RM6 sekeping untuk N95.

Sumber: KPDNHEP

Di samping itu, KPDNHEP akan terus memantau harga serta bekalan pelitup muka di seluruh negara. Sejak 29 Januari sehingga 25 Oktober 2020, sebanyak 67,217 pemeriksaan dan pemantauan harga telah dibuat di seluruh negara, menghasilkan sebanyak 73 kes dengan nilai rampasan RM543,737 dan melibatkan jumlah kompaun sebanyak RM518,400. Perkara ini dijelaskan oleh Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Seri Alexander Nanta Linggi.



Peniaga yang gagal mematuhi perintah mengikut Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011, boleh dikenakan penalti seperti bagi kesalahan menjual barangan harga terkawal melebihi harga maksimum.

Pesalah individu boleh didenda oleh mahkamah sehingga RM100,000 atau penjara tidak lebih tiga tahun atau kedua-duanya sekali atau dikompaun sehingga RM50,000, manakala pesalah syarikat pula boleh didenda sehingga RM500,000 atau dikompaun sehingga RM250,000.

Bagi kesalahan gagal meletakkan tanda harga bagi barangan harga terkawal pula, pesalah individu boleh didenda sehingga RM50,000 atau dikompaun sehingga RM25,000, manakala pesalah syarikat boleh didenda sehingga RM100,000 atau dikompaun sehingga RM50,000, katanya.

Sumber: Harian Metro, KPDNHEP

Tags: alexanderCOVID-19KPDNHEP
Najib

Najib

POPULAR

Kerajaan turunkan harga siling topeng muka 3-lapis kepada 70sen

28 October 2020
Penggabungan Maxis-U Mobile: Apa kesannya kepada pengguna di Malaysia?

Penggabungan Maxis-U Mobile: Apa kesannya kepada pengguna di Malaysia?

2 November 2026
RedMagic tawar tablet gaming Astra 2 versi rasmi SIRIM di Malaysia dari RM3,399

RedMagic tawar tablet gaming Astra 2 versi rasmi SIRIM di Malaysia dari RM3,399

31 October 2026
Tuju akhirnya “baiki” isu navigasi di Android dengan cara yang sangat menarik

Tuju akhirnya “baiki” isu navigasi di Android dengan cara yang sangat menarik

3 November 2026
Honor Pad X7b, tablet 4G mampu milik dengan skrin 2K & bateri 8,000mAh kini di Malaysia

Honor Pad X7b, tablet 4G mampu milik dengan skrin 2K & bateri 8,000mAh kini di Malaysia

30 October 2026
CelcomDigi dan ZK Racing Team bekerjasama lahirkan generasi baharu pelumba Malaysia

CelcomDigi dan ZK Racing Team bekerjasama lahirkan generasi baharu pelumba Malaysia

29 October 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN