Jumlah hari semenjak PKP dilaksanakan

HARI

PKP bermula pada: 18 Mac, 2020

PKPP dijangka tamat dalam

HARI

PKPP dijangka ditamatkan pada 31 Dec, 2020

Ikuti liputan COVID‑19 kami di sini

Samsung Galaxy S21 dijangka tiada pengecas dan fon telinga di dalam kotak

Agak bergegar dunia telefon pintar apabila Apple mengumumkan ketiadaan kepala pengecas dan fon telinga di dalam kotak telefon pintar terbaru mereka, iPhone 12. Perkara ini turut menjadi bahan ejekan pengeluar lain yang memuat naik gambar kepala pengecas di dalam kotak telefon pintar mereka, termasuk Samsung.

Tetapi laporan Chosun dari Korea Selatan memaklumkan, telefon flagship Samsung yang akan datang, Galaxy S21 dijangka tidak akan memberikan kepala pengecas atau fon telinga di dalam kotak. Sama seperti langkah yang diambil Apple.

Apple mengatakan, kepala pengecas dan fon telinga tidak lagi diberikan di dalam kotak sebagai langkah mesra alam sekitar, dengan mengurangkan pembuangan barangan elektronik. Kepala pengecas dan fon telinga dilaporkan perkakas paling banyak tidak digunakan, kerana ramai pengguna memiliki pengecas yang lama atau membeli dari pihak ketiga.

Tetapi Apple tidak pula mengurangkan harga telefon mereka, walaupun tidak lagi memberikan pengecas dan fon telinga. Jadi ada pihak melihat langkah Apple ini sebagai mencari keuntungan sahaja. Apatah lagi Apple dilihat mengaut lebih keuntungan dalam pasaran fon telinga wayarles, dengan menjual siri AirPods mereka.

Langkah Apple ini dilihat sebagai peluang untuk Samsung. Mereka dikatakan sedang berkira-kira untuk tidak lagi menyertakan fon telinga dan pengecas di dalam beberapa peranti bermula tahun hadapan. Melihat kepada respon orang ramai, sekurang-kurangnya hanya fon telinga tidak akan disertakan di dalam kotak, tetapi masih ada pengecas.

Apatah lagi Samsung turut memiliki barisan fon telinga wayarles, terutama dari siri Galaxy Buds. Jika mengikut langkah yang sama dengan Apple, Samsung juga boleh mengaut keuntungan yang lebih dari biasa. Dengan menjual pengecas dan fon telinga berasingan.

BACA  Pemacu kilat baru Kingston DataTraveler Duo ada sambungan USB-A dan USB-C

Sebenarnya ia bukanlah satu kejutan dari Samsung. Ini kerana Samsung hanye memberikan pengecas 25W di dalam kotak Galaxy Note 10+, walaupun ia menyokong pengecasan 45W. Perkara ini masih diteruskan di dalam Galaxy S20 Ultra dan juga Galaxy Note 20 yang baru dilancarkan. Jika pengguna mahukan kuasa pengecasan maksima, mereka perlu membeli kepala pengecas dan kabel berasingan.

Jadi Samsung, jangan cepat sangat nak mengejek Apple kalau nak tiru langkah Apple tidak lama lagi. Jangan lupa, Samsung pernah mengejek takuk besar di iPhone X, kemudian membuang semua video ejekan tersebut.

Sumber: Wccftech, Chosun