Jumlah hari semenjak PKP dilaksanakan

HARI

PKP bermula pada: 18 Mac, 2020

PKPP dijangka tamat dalam

HARI

PKPP dijangka ditamatkan pada 31 Dec, 2020

Ikuti liputan COVID‑19 kami di sini

iPhone 12 & 12 Pro dijual di Malaysia pada 13 November, tempahan awal dari 6 November di Digi

Syarikat telekomunikasi Digi hari ini memecah kebuntuan peminat Apple apabila mengumumkan, akan mula mengambil tempahan awal untuk iPhone 12 dan iPhone 12 Pro, dari 6 Oktober 2020. Jualan untuk kedua-dua model ini bermula dari 13 Oktober 2020.

Digi turut menyatakan bahawa mereka akan menjual iPhone 12 mini dan iPhone 12 Pro Max, tetapi tidak menyatakan bilakah tarikhnya. Di Amerika Syarikat, iPhone 12 dan iPhone 12 Pro mula dijual pada 23 Oktober. Manakala iPhone 12 mini dan iPhone 12 Pro Max, dijual 3 minggu selepas itu iaitu 13 November. Mungkin kita boleh jangkakan jarak masa yang serupa di sini.

iPhone 12 mini dan iPhone 12
iPhone 12 Pro dan iPhone 12 Pro Max

Digi juga akan menawarkan telefon terbaru Apple secara ansuran bulanan, menerusi program Digi PhoneFreedom 365. Program ini membolehkan pengguna membeli telefon secara ansuran selama 24 bulan, tetapi perlu mengikat kontrak pelan selama 24 bulan.

Dengan pengumuman Digi ini, pastinya syarikat telekomunikasi dan pengedar sah Apple yang lain, akan turut mengumumkan penjualan iPhone 12 di tempat mereka tidak lama lagi. Maklumat tentang tawaran Digi ini boleh dirujuk di laman web Digi iPhone 12.

Harga jualan keluarga iPhone 12 di Malaysia adalah seperti berikut:

iPhone 12 mini

  • 64GB – RM3,399
  • 128GB – RM3,599
  • 256GB – RM4,099

iPhone 12

  • 64GB – RM3,899
  • 128GB – RM4,099
  • 256GB – RM4,599

iPhone 12 Pro

  • 128GB – RM4,899
  • 256GB – RM5,399
  • 512GB – RM6,299

iPhone 12 Pro Max

  • 128GB – RM5,299
  • 256GB – RM5,799
  • 512GB – RM6,699

Untuk mengenali keluarga iPhone 12 dengan lebih lanjut, tonton video kami serta rujuk artikel di bawah ini.

Sumber: Digi

BACA  Bina kereta lumba Ferrari 488 GTE anda menggunakan bata Lego Technic