• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Jenama Apple

Ada satu lagi majlis pelancaran Apple tahun ini

  • OLEH Najib
  • 11:29 am
  • 03/11/2020
  • Komen
Ada satu lagi majlis pelancaran Apple tahun ini
Share on FacebookShare on Twitter

Tahun 2020 masih belum berakhir dalam kalendar Apple kerana pagi ini, mereka telah menghantar jemputan ke satu lagi acara. Dalam perutusan dengan tajuk “One More Thing“, majlis ini dijangka akan memperkenal produk baru Apple. Ini adalah pelancaran ketiga dalam 3 bulan berturut-turut oleh Apple, selepas mereka melancarkan iPad dan Apple Watch baru, serta keluarga iPhone 12.

Acara Apple One More Thing ini akan diadakan pada 10 November 2020, pukul 10 pagi waktu tempatan. Ia bersamaan dengan 11 November 2020, pukul 2 pagi waktu Malaysia. Sama seperti dua acara sebelum ini, majlis ini pasti akan diadakan secara maya sahaja.



Orang ramai boleh menyaksikan acara ini secara langsung menerusi laman web www.apple.com atau saluran YouTube Apple seperti di bawah:

Persoalannya sekarang, apakah yang mahu Apple lancarkan dalam acara ini? Ramai mengatakan Apple mahu memperkenal barisan baru komputer MacBook yang dikuasakan pemproses buatan Apple sendiri, Apple Silicon. Apple telah memperlihatkan beberapa model MacBook dengan Apple Silicon pada acara WWDC 2020 yang lepas dan menyatakan akan mula menjualnya tahun ini. Berkemungkinan, ada beberapa model MacBook seperti MacBook Pro, akan dapat dilihat dengan kuasa Apple Silicon di acara ini.



SoC Apple Silicon

Apple juga ada memperlihatkan “Developer Transition Kit” menggunakan Mac Mini bagi membolehkan pembangun menguji Apple Silicon. Mungkin Apple akan mengumumkan penjualan Mac Mini dengan Apple Silicon kepada orang ramai dalam acara ini. Selain itu, ada juga yang menjangka model baru Apple TV akan dilancarkan kerana model sedia ada generasi ke-5, sudah berusia 3 tahun.

Di samping itu, ada yang mentafsirkan maksud “One More Thing” sebagai produk serba baharu Apple. Khabar angin yang sudah agak lama bertiup adalah tentang fon kepala AirPods Studio. Ia sebagai pilihan baru dalam barisan produk audio Apple, yang menawarkan sistem bunyi atas kepala dengan kuasa bunyi lebih berkualiti dari AirPods.

Apa pula jangkaan anda untuk acara Apple ini?

[Sumber: 9to5mac]

Tags: apple
Najib

Najib

POPULAR

AEON Bank Tawarkan Pembiayaan Peribadi-i Untuk Bantu Ringankan Kekangan Bajet

AEON Bank Tawarkan Pembiayaan Peribadi-i Untuk Bantu Ringankan Kekangan Bajet

25 December 2025
Ada satu lagi majlis pelancaran Apple tahun ini

Ada satu lagi majlis pelancaran Apple tahun ini

3 November 2020
Realme 16 Pro & 16 Pro+ dilancar dengan kamera 200MP, bateri 7,000mAh, dari RM1,599

Realme 16 Pro & 16 Pro+ dilancar dengan kamera 200MP, bateri 7,000mAh, dari RM1,599

6 April 2026
Xiaomi Mijia Air Conditioner Eco kini di Malaysia, boleh dapat serendah RM1,000

Xiaomi Mijia Air Conditioner Eco kini di Malaysia, boleh dapat serendah RM1,000

30 March 2026
Vivo V70 FE bakal tiba di Malaysia dengan kamera utama 200MP OIS

Vivo V70 FE bakal tiba di Malaysia dengan kamera utama 200MP OIS

31 March 2026
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN