Jumlah hari semenjak PKP dilaksanakan

HARI

PKP bermula pada: 18 Mac, 2020

PKPP dijangka tamat dalam

HARI

PKPP dijangka ditamatkan pada 31 Dec, 2020

Ikuti liputan COVID‑19 kami di sini

Apa yang baru dengan iPad Air (2020)?

Apple telah mengemas kini siri iPad Air mereka. Ipad Air (2020) membawakan rekaan fizikal yang lebih segar beserta beberapa pembahbaikkan yang lain.

Model kali ini menggunakan DNA iPad Pro padanya. Anda dapati badannya kini lebih kubio dengan sisi tajam. Bahagian mukanya, bingkai paparan lebih kurus dan ia ada ukuran 10.8” pada resilsu 2360 x 1640.

Yang biasa gunakan Apple Pencil, ini adalah berita baik untuk anda. Panel paparan kali ini adalah jenis laminated macam iPad Pro. Hal ini bermakna, apabila hujung Pencil menyentuh paparan, ruang antara mata stailus dengan dakwat digital terhad dan ia berikan pengalaman menulis yang lebih baik.

Lagi tentang Pencil. Tablet ini tidak menyokong Apple Pencil 1 sebaliknya Pencil 2. Jadi anda tak boleh mewariskan Pencil generasi lama pada tablet baru.

Tentang panel paparan, ia ini tidak menyokong teknologi ProMotion sepeti model yang lebih mahal. Jadi, tiada refresh rate sehingga 120Hz pada tablet ini.

Sungguhpun begitu, daripada sudut multimedia, ia adalah sebuah tablet yang kompetan. Ia ada speaker stereo dan boleh dipadankan dengan Magic Keyboard.

Apple telah menggantikan port Lightning dengan USB-C pada tablet ini. Ia jadikan tablet bukan iPad Pro pertama yang dilengapi port sambungan tersebut. Jadi, bolehlah anda gunakan hub USB-C anda.

Paparan berbingkai nipis menyebabkan butang Home terpaksa disisihkan. Anda perlu gunakan gesture sepenuhnya dan pengenalan biometrik Touch ID dipindahkan pada butang kuasa.

Kamera selfie iPad Air (2020) masih dikekalkan pada 7MP tapi kamera belakangnya telah ditambah baik daripada 8MP kepada 12MP.

iPad Air (2020) diperkasaa cip A14 Bionic. Ini adalah peranti sulung yang gunakannya dan pertama menggunakna litografi 5nm dalam pasaran. Anda sepatutnya boleh jangkakan prestasi dan hayat bateri terbaik daripadanya.

BACA  iPad Generasi 8 mula dijual di Malaysia, harga bermula RM1,449

Berikut adalah harga iPad Air (2020) di Malaysia::

  • 64GB Wi-Fi – RM2,599
  • 64GB Wi-Fi + Cellular – RM3,149
  • 256GB Wi-Fi – RM3,249
  • 256GB Wi-Fi + Cellular – RM3,799

Layari laman rasmi produk untuk maklumat lanjut.