• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Jenama Apple

Apple One boleh mula dilanggan di Malaysia

  • OLEH Najib
  • 1:53 pm
  • 03/11/2020
  • Komen
Apple One boleh mula dilanggan di Malaysia
Share on FacebookShare on Twitter

Sebagai pengguna iPhone, pasti anda sudah mengenali storan awan iCloud kerana keperluan untuk membuat salinan dan simpanan data iPhone anda. Kini Apple menawarkan pakej langganan lebih menarik, menggabungkan iCloud, Apple Music, Apple TV+ dan Apple Arcade, pada satu harga lebih mampu milik dengan penjimatan sehingga RM40.70/bulan.

Pengguna di Malaysia kini boleh melanggan Apple One dalam dua pakej, Individual berharga RM19.90/bulan dan Family berharga RM33.90/bulan. Untuk pelan Individual, ia hadir bersama 50GB storan iCloud manakala pelan Family menerima 200GB storan iCloud yang boleh dikongsi dengan 5 orang lain. Bermakna, kos untuk pelan Family hanya RM5.65/bulan setiap orang.



Menariknya, harga langganan Apple One di Malaysia jauh lebih murah dari negara lain. Contohnya di Singapura, harga pelan Individual adalah SGD 16.95/bulan (~RM51.50) dan pelan Family pula SGD 22.95/bulan (~RM69.73).

Apple One Singapura
Apple One Amerika Syarikat

Di Amerika Syarikat pula, pelan Individual berharga USD 14.95/bulan (~RM62.14) dan pelan Family pula USD 19.95/bulan (~RM82.92). Terdapat satu lagi pelan di Amerika Syarikat iaitu Premier berharga USD 29.95 (~RM124.49) yang memberikan 2TB storan iCloud, Apple News+ dan Fitness+. Untuk makluman, Apple News+ dan Fitness+ tidak terdapat di negara kita.



Tawaran Apple One ini memang sangat menarik dan berbaloi dilanggan kerana ia memberikan empat perkhidmatan dalam satu harga yang jauh lebih murah. Jika dilanggan berasingan, harga Apple Arcade dan Apple TV+, masing-masing RM19.90/bulan setiap satu. Manakala Apple Music pula berharga RM14.90/bulan. Untuk storan iCloud, ia berharga RM3.90/bulan untuk 50GB, RM11.90/bulan untuk 200GB dan RM39.90 bagi 2TB.

Jika anda berminat untuk melanggan Apple One, anda hanya perlu pergi ke bahagian Settings di dalam peranti Apple, kemudian pilih Apple ID anda. Tekan Subscriptions dan anda akan dapat melihat Get Apple One dengan pilihan Individual atau Family. Anda juga akan menerima langganan percuma bulan pertama untuk mana-mana perkhidmatan yang belum pernah dilanggan.

Bagaimanapun, langganan Apple One ini masih belum terdapat untuk semua pengguna buat masa ini. Anda mungkin tidak dapat lagi melihat pilihan langganan Apple One di dalam peranti anda. Tidak pasti kenapa ia masih tidak terdapat untuk semua, tetapi ia pasti akan datang tidak lama lagi.

Tags: appleapple musicApple OneApple TV Plus
Najib

Najib

POPULAR

Apple One boleh mula dilanggan di Malaysia

Apple One boleh mula dilanggan di Malaysia

3 November 2020
Pekerja e-hailing Grab tuntut keadilan, Tribunal Pekerja Gig dengarkan kes pertama

Pekerja e-hailing Grab tuntut keadilan, Tribunal Pekerja Gig dengarkan kes pertama

9 September 2026
Apple naikkan harga iPhone 17, 17e & iPhone Air sehingga RM1,300 di Malaysia

Apple naikkan harga iPhone 17, 17e & iPhone Air sehingga RM1,300 di Malaysia

10 September 2026
iPhone 18 Pro & 18 Pro Max Malaysia: Kamera apertur boleh ubah, cip A20 Pro, harga dari RM5,499

iPhone 18 Pro & 18 Pro Max Malaysia: Kamera apertur boleh ubah, cip A20 Pro, harga dari RM5,499

10 September 2026
Proton S70 Lite & Prime dibuka untuk tempahan: Anggaran harga bawah RM60k, guna enjin 1.5L NA & CVT

Proton S70 Lite & Prime dibuka untuk tempahan: Anggaran harga bawah RM60k, guna enjin 1.5L NA & CVT

7 September 2026
8 perkara wajib tahu sebelum naik ETS EMUPlus ke Ipoh di stesen Bandar Tasik Selatan!

8 perkara wajib tahu sebelum naik ETS EMUPlus ke Ipoh di stesen Bandar Tasik Selatan!

3 September 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN