Ceriakan perkakasan mengecas iPhone 12 dengan produk Anker bertemakan Daraemon

Alat untuk mengecas peranti tak semestinya perlu berwarna hitam atau putih saja. Anker telah perkenalkan sejumlah pengecas iPhone 12 bersalut warna biru Doraemon.

Anda ada pengecas mini berasaskan Anker Nano yang membuahkan tenaga pada kadar 20W yang katanya boleh mengisi iPhone 12 Pro daripada 0 hingga 50% dalam masa 30 minit.

Kemudian anda juga ada dua pengecas, satu ekaport 65W dan satu lagi dwiport 65W. Ia ada port USB-C dan USB-A yang boleh digunakan untuk mengecas MacBook dalam masa kurang daripada 2 jam.

Paling menarik, ada juga pengecas MagSafe 15W bersama-sama dengan kabel lightning berwarna biru. Anker adalah pengeluar pertama yang umumkan pengecas MagSafe dalam kategori produk pihak ketiga.

Kesemua produk ini hanya dijual di China buat masa ini pada 4 November 2020. Tapi, jangkakan kehadiran mereka kedalam pasaran setempat sedikit masa lagi.

Sumber