• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Nokia 6300 4G & Nokia 8000 4G, dua telefon ikonik dihidupkan kembali

  • OLEH Najib
  • 4:18 pm
  • 13/11/2020
  • Komen
Nokia 6300 4G & Nokia 8000 4G, dua telefon ikonik dihidupkan kembali
Share on FacebookShare on Twitter

Jika anda mencari telefon yang sangat murah tetapi boleh menjalankan beberapa aplikasi mudah alih asas, telefon yang dikuasakan KaiOS oleh Nokia adalah pilihan yang baik. Hari ini, HMD Global selaku pengeluar telefon Nokia mengumumkan dua telefon KaiOS baru dengan harga yang sangat murah, Nokia 6300 4G dan nokia 8000 4G.

Tarikan telefon KaiOS selain harga yang murah, ia boleh menjalankan beberapa aplikasi mudah alih seperti WhatsApp, Google Assistant, Maps, Facebook, YouTube dan banyak lagi. Dengan dua telefon baru Nokia ini, pengguna boleh menikmati kelajuan internet 4G serta jangka hayat bateri yang lebih panjang.



Nokia 6300 4G

HMD Global menggelar Nokia 6300 4G sebagai telefon yang boleh menjalankan WhatsApp paling murah dari mereka. Dengan sokongan 4G, ia turut boleh bertindak sebagai hotspot untuk memberi internet kepada peranti lain.

Telefon ini dikuasakan cip Snapdragon 210, bersama RAM 512MB dan storan dalaman 4GB. Ia turut menerima kad mikroSD sehingga 32GB.



Skrinnya berukuran 2.4-inci dan ia memiliki kamera belakang VGA bersama LED Flash. Bateri 1,500mAh di dalamnya boleh memberi tenaga sehingga hampir sebulan.

Tiga warna disediakan untuk nokia 6300 4G iaitu kelabu, putih dan hijau. Ia dijual di Eropah pada harga EUR 49 (~RM238) sahaja. Maklumat lanjut telefon ini boleh didapati di laman produk Nokia 6300 4G.

Nokia 8000 4G

Rekaan antara Nokia 8000 4G dan Nokia 6300 4G kelihatan hampir serupa, tetapi telefon ini memiliki kelebihan dengan badan seakan kaca untuk rupa premium dan sisi melengkung yang lebih selesa digenggam. Ia juga boleh menjadi hotspot melalui rangkaian 4G.

Kuasa pemproses telefon ini diuruskan oleh cip Snapdragon 210, RAM 512MB dan storan 4GB. Ia menerima kad mikroSD sehingga 32GB untuk storan tambahan.

Skrin seluas 2.8-inci terdapat pada telefon ini, bersama kamera belakang 2MP dan LED Flash. Dengan bateri 1,500mAh di dalamnya, ia boleh digunakan sehingga 1 bulan dengan sekali cas.

Nokia 8000 4G datang dalam empat warna menarik iaitu hitam, putih, biru dan emas. Harga jualannya di Eropah ialah EUR 69 (~RM385). Maklumat lanjut telefon ini boleh didapati di laman produk Nokia 8000 4G.

Buat masa ini, masih belum ada berita kedatangan kedua-dua telefon Nokia ini ke Malaysia. Tetapi berdasarkan sejarah sebelum ini, HDM Global sentiasa membawa telefon keluaran mereka ke Malaysia. Jadi, kita boleh jangkakan kedatangannya tidak lama lagi.

[Sumber: Nokia]

Tags: NokiaNokia 6300 4GNokia 8000 4G
Najib

Najib

POPULAR

Kenapa akaun TNG eWallet boleh digantung sementara, dan apa yang perlu anda tahu

Kenapa akaun TNG eWallet boleh digantung sementara, dan apa yang perlu anda tahu

27 January 2026
Dongfeng 007 Malaysia: Sedan elektrik berkuasa 536hp, harga dari RM161k

Dongfeng 007 Malaysia: Sedan elektrik berkuasa 536hp, harga dari RM161k

6 February 2026
Nokia 6300 4G & Nokia 8000 4G, dua telefon ikonik dihidupkan kembali

Nokia 6300 4G & Nokia 8000 4G, dua telefon ikonik dihidupkan kembali

13 November 2020
Dongfeng Vigo dilancar di Malaysia, SUV elektrik kompak RM100k saingi BYD Atto 2

Dongfeng Vigo dilancar di Malaysia, SUV elektrik kompak RM100k saingi BYD Atto 2

5 February 2026
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
SARA RM100 dikreditkan hari ini, kini terpakai untuk makanan sejuk beku

SARA RM100 dikreditkan hari ini, kini terpakai untuk makanan sejuk beku

9 February 2026

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER