Jumlah hari semenjak PKP dilaksanakan

HARI

PKP bermula pada: 18 Mac, 2020

PKPP dijangka tamat dalam

HARI

PKPP dijangka ditamatkan pada 31 Dec, 2020

Ikuti liputan COVID‑19 kami di sini

Acer Swift 3X & Aspire 5: Maklumat penjualannya di Malaysia

Ada dua laptop baru masuki Malaysia hari ini. Mereka ialah Acer Swift 3X dan Aspire 5 yang dilancarkan dalam acara [email protected] pada 21 Oktober 2020 lalu.

Acer Swift 3X

Ini adalah sebuah laptop yang menarik sebab ia adalah antara produk pertama Acer yang dilengkapi kad grafik diskret Intel Iris Xe Max. Laptop dalam kelas ultrabook ini menampilkan paparan FHD 14” daripada panel IPS. Bingkainya nipis untuk berikan liputan skrin setinggi 84% dan miliki berat badan 1.40kg.

Atas papan utama, ada dua varian CPU menjalankan laptop ini. Anda boleh pilih sama ada yang diperkasa Intel Core i7-1165G7 ataupun Core i5-1135G7.

Ada sejumlah port I/O boleh anda dapati di kedua-dua sisi laptop ini. Anda beroleh USB-C yang menyokong Thunderbolt 4. Selain Thunderbolt 4, port yang sama turut menyokong:

  • DisplayPort over USB-C
  • Output kuasa sehingga 15W
  • Input kuasa sehingga 65W

Kemudian, anda ada 2 port USB-A dengan sokongan USB 3.2 Gen 1 dan yang terakhir, port HDMI untuk digunakan bersama skrin tambahan.

Bateri yang terkandung pada laptop ini dimaklumkan Acer boleh beri tempoh penggunaan sehingga 14 jam lamanya mengikut pola penggunaan.

Acer Swift 3X dijual pada harga seperti berikut:

  • Swift 3X (Intel i5, RAM 8GB + storan 512GB) – RM3,799
  • Swfit 3X (Intel i7, RAM 16GB + storan 512GB) – RM4,599

Acer Aspire 5

Kalau anda pengguna kasual, Acer Aspire 5 adalah laptop konvesional yang boleh penuhi kebanyakan keperluan kerja anda.

Macam Swift 3X, ia juga dilengkapi CPU generasi ke-11 dengan cip grafik diskret Iris Xe. Namun, kalau anda perlukan kuasa grafik yang lebih, ada juga pilihan NVIDIA GeForce MX350 2GB.

BACA  E-baucar RM50 AirAsia sudah boleh ditebus sekarang

Pada bahagian paparan, anda boleh dapatkannya dalam dua saiz iaitu 14″ dan 15.6″. Tapi kedua-duanya ada resolusi FHD+.

Kemudian, ia juga mewah dengan port I/O. Anda dapat:

  • 2 USB-A 3.2 Gen 1
  • Jek audio 3.5mm
  • Port RJ-45
  • USB-C yang sokong Thunderbolt 4, 15W Output, 65W input

Ia 80g hingga 250g lebih berat berbanding Swift 3X tapi anda dapat jek tambahan seperti LAN dan audio. Hayat baterinya dilaporkan sehingga 10 jam lamanya, bergantung kepada pola penggunaan.

Harga Aspire 5 (2020) adalah seperti berikut:

  • Aspire 5 14”, Core i5 – RM2,799
  • Aspire 5 14”, Core i5, MX350 – RM3,099
  • Aspire 5 14”, Core i7 – RM3,499
  • Aspire 5 15.6”, Core i5 – RM2,899
  • Aspire 5 15.6”, Core i7 – RM3,499
  • Aspire 5 15.6”, Core i7, MX350 – RM3,799