Semua iPhone 12 ada kamera 12MP tapi kamera pada varian Pro Max ini, lain macam uniknya

iFixit telah menyelongkar apa yang terkandung dalam badan setiap iPhone 12. Walaupun kesemua kamera pada iPhone miliki sensor 12MP, kamera pada iPhone 12 Pro Max ada keistimewaan yang tersendiri. Kamera utamanya miliki saiz sensor 47% lebih besar berbanding kamera utama iPhone 12 yang lain.

Keluarga iPhone 12 ini miliki kamera 12MP untuk semua kameranya

Kalau menurut DxoMark, iPhone 11 Pro Max ada sensor 1/2.55″, iPhone 12 Pro Max ada sensir 1/1.73″. Sebagai perbandingan, kamera utama Huawei Mate 40 Pro+ ada sensor 1/1.28″ tapi miliki 50 juta piksel diatasnya.

Perbandingan relatif luas permukaan sensor iPhone 12 Pro Max berbanding 11 Pro Max

Untuk keas iPhone 12 Pro Max, sensornya ada permukaan lebih luas tapi mengandungi bilangan bintil piksel yang sama dengan kamera 12MP lain. Ia diterjemah kepada saiz setiap piksel yang lebih luas yang kemudiannya diterjemah kepada prestasi dalam keadaan malap yang lebih baik, sekurang-kurangnya secara teorinya.

Perbandingan kamera utama iPhone 12 Pro Max (bawah) dengan iPhone 12 Pro (atas)

Tak terhenti di situ, ada satu lagi helah yang dikepilkan Apple pada kamera ini. Ia miliki teknologi penstabil imej jenis sensor-shift. Anda selalu kutuk Apple tak berinovasi? Ini adalah yang pertama seumpamanya dalam telefon pintar.

Apabila merakam video atau megambil gambar, sensor akan bergerak untuk membasmi gegaran yang dirembeskan tangan anda.

Lain-lain perkara yang dikongsikan iFixit adalah kapasiti bateri iPhone 12 Pro Max yang lebih kecil berbanding iPhone 11 Pro Max (7% lebih kecil). Ia mengesahkan laporan kami tentang kapasiti bateri keluarga iPhone 12 dulu.

Kapasiti bateri keluarga iPhone 12

iFixit berikan 6 markah daripada 10 untuk keupayaan untuk dibaiki. Sungguhpun begitu, ia tidak meyakinkan kerana walaupun kompnennya boleh ditukar ganti dengan mudah, persoalan yang lebih penting adalah adakah ia akan berfungsi. Hal ini kerana terdapat laporan yang menyatakan Face ID tidak berfungsi sekiranya ia mengesan komponen bukan asal dalam badannya ketika keluar kotak.

Sumber: iFixit