• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Menakjubkan, Google boleh baca fikiran anda dengan ciri terbaharu

  • OLEH Fatin Amanina
  • 7:19 pm
  • 24/11/2020
  • Komen
Menakjubkan, Google boleh baca fikiran anda dengan ciri terbaharu
Share on FacebookShare on Twitter

Adakalanya individu mahu menggunakan Google sebagai sumber rujukan, tetapi tidak tahu kata kunci yang tepat untuk mencari rujukan tersebut. Sebelum ini, Google hanya akan memberikan jawapan bedasarkan apa yang ditulis sahaja. Sebagai satu langkah penambah baikkan proses carian di Google, satu ciri yang memudahkan pengguna untuk mencari info sudah ditambah oleh enjin carian ini.

Jika dahulu, apabila individu melakukan sebarang carian, Google tidak akan mengaitkan carian itu dengan carian sebelumnya. Contohnya, jika pengguna mencari “Resepi Ayam Belanda” dan kemudian tekan kata kunci “memotong”, Google tidak akan mengaitkannya dan tidak akan memberikan cadangan carian lanjut. Google hanya akan berikan jawapan berdasarkan perkataan yang ditulis sahaja.



Tetapi kini menurut sumber, sekiranya pengguna melakukan carian “Resepi Ayam Belanda” kemudian carian perkataan “memotong”, Google akan mengetahui bahawa pengguna ingin maklumat lebih lanjut tentang cara menghidangkan dan menyediakan Ayam Belanda. Google akan memberikan cadangan tersebut di bahagian atas ruangan carian pengguna. Cadangan yang diberikan itu akan membawa pengguna kepada info yang pengguna mahukan.

Namun, saya tak berjaya cuba fungsi baru ini sama ada di peranti Android mahu pun iOS. Saya menggunakan Bahasa Melayu dan juga Bahasa Inggeris untuk mencubanya tetapi tetap tidak berhasil. Saya simpulkan yang Google melancarkan fungsi ini fasa demi fasa.



Penambahbaikan ini dilihat dapat membantu anda untuk mendapatkan maklumat secara lebih releven dan spesifik berkaitan dengan topik yang anda cari. Ianya juga boleh membawa anda ke arah topik yang anda inginkan disamping memberi maklumat tambahan kepada carian tersebut.

[Sumber: Google]

Tags: Google
Fatin Amanina

Fatin Amanina

POPULAR

Menakjubkan, Google boleh baca fikiran anda dengan ciri terbaharu

Menakjubkan, Google boleh baca fikiran anda dengan ciri terbaharu

24 November 2020
Proton S70 RS 2027 didedahkan, luaran lebih agresif dengan kabin dwitona baharu

Proton S70 RS 2027 didedahkan, luaran lebih agresif dengan kabin dwitona baharu

5 November 2026
Vivo V80 bakal tiba di Malaysia: Tempahan awal dibuka dengan ganjaran sehingga RM2,042

Vivo V80 bakal tiba di Malaysia: Tempahan awal dibuka dengan ganjaran sehingga RM2,042

11 November 2026
Xiaomi 18 Pro dan 18 Pro Max dilancarkan di Malaysia pada 17 November

Xiaomi 18 Pro dan 18 Pro Max dilancarkan di Malaysia pada 17 November

10 November 2026
Honor Magic 9 Pro Max bakal tiba di Malaysia, bawa kamera 200MP hasil kerjasama ARRI

Honor Magic 9 Pro Max bakal tiba di Malaysia, bawa kamera 200MP hasil kerjasama ARRI

6 November 2026
Poco X8s dilancar, telefon kompak 6.35″ dengan kamera telefoto 50MP dari RM1,399

Poco X8s dilancar, telefon kompak 6.35″ dengan kamera telefoto 50MP dari RM1,399

7 November 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN