• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Galaxy Z Fold 3 akan datang dengan S Pen dan kamera di bawah skrin

  • OLEH Najib
  • 11:55 am
  • 24/11/2020
  • Komen
Samsung Galaxy Z Fold 2 baiki kelemahan terbesar Galaxy Fold
Share on FacebookShare on Twitter

Ura-ura tentang penamatan siri Galaxy Note menjadi semakin nyata. Laporan dari Korea Selatan menyatakan, Samsung mengesahkan akan melancarkan telefon pintar boleh lipat, Galaxy Z Fold 3 lebih awal tahun hadapan.

Tahun ini, Galaxy Z Fold 2 telah dilancarkan pada bulan September. Dalam laporan AJUNews, Galaxy Z Fold 3 tahun hadapan akan dilancarkan lebih awal, sekitar bulan Jun. Selain itu, Samsung dilaporkan akan menambah bukan sahaja sokongan S Pen pada Galaxy Z Fold 3, tetapi menyediakan ruang menyimpan S Pen padanya.



S Pen di Galaxy Note 20 Ultra

Ia berbeza dengan laporan lain untuk Galaxy S21 Ultra di mana Samsung hanya menambah fungsi sokongan S Pen, tetapi tidak menyediakan ruang menyimpan S Pen di dalamnya.

Selain itu, Galaxy Z Fold 3 akan menampilkan kamera di bawah skrin, tidak lagi menggunakan lubang atau takuk untuk kamera hadapan. Ia juga akan menggunakan skrin boleh lipat baharu, dari jenis kaca ultra nipis (UTG), berbanding filem polyimide (CPI) yang digunakan di Galaxy Z Fold 2.



ZTE Axon 20 dengan kamera di bawah skrin

Dengan pengesahan ini, model baru siri Galaxy Note tidak akan lagi dilihat selepas ini, memandangkan Samsung mahu memberi fokus kepada siri Fold dengan menjadikan S Pen sebahagian dari fungsi utamanya. Ia juga boleh memberi pengalaman lebih baik dengan saiz skrin lebih luas seperti tablet, sesuatu yang menjadi pasaran unik untuk Galaxy Note semasa pertama kali diperkenal.

Fokus yang lebih khusus untuk peranti falgship pasti memudahkan pengguna membuat pilihan, selain pengeluar sendiri tidak lagi keliru untuk membandingkan antara produk mereka sendiri. Malah pengeluar sendiri tidak lagi mengeluarkan hanya satu model untuk setiap siri flagship mereka, menyediakan pilihan untuk pengguna mendapatkan peranti flagship tertinggi atau menepati bajet dan keperluan mereka.

[Sumber: 9to5google, AJUNews]

ZTE Axon 20, telefon pintar pertama dengan kamera di bawah skrin
Tiada Galaxy Note dilancarkan tahun depan?
Tags: samsung
Najib

Najib

POPULAR

Samsung Galaxy Z Fold 2 baiki kelemahan terbesar Galaxy Fold

Galaxy Z Fold 3 akan datang dengan S Pen dan kamera di bawah skrin

24 November 2020
Xiaomi Pad 7S Pro dilancar, tablet pertama guna cip XRing O1 buatan Xiaomi

Xiaomi Pad 7S Pro dilancar, tablet pertama guna cip XRing O1 buatan Xiaomi

7 July 2025
AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

28 May 2025
iQoo Z10 tiba di Malaysia, telefon gaming bajet dengan bateri besar 7,300mAh

iQoo Z10 tiba di Malaysia, telefon gaming bajet dengan bateri besar 7,300mAh

3 July 2025
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

21 June 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER