Jumlah hari semenjak PKP dilaksanakan

HARI

PKP bermula pada: 18 Mac, 2020

PKPP dijangka tamat dalam

HARI

PKPP dijangka ditamatkan pada 31 Mac, 2021

Ikuti liputan COVID‑19 kami di sini

Tempahan awal Sony Xperia 5 II hanya dihantar bermula tahun 2021

Selepas memaparkan harga Xperia 5 II di Malaysia awal bulan lepas, Sony Malaysia akhirnya mengumumkan tempahan awal untuk telefon pintar tersebut. Pada awalnya, Sony Malaysia menyatakan akan mula menjual Xperia 5 II pada bulan Disember. Tetapi dalam tempahan awal ini, ia dimaklumkan akan mula dijual pada bulan Januari 2021.

Harga jualan rasmi Xperia 5 II di Malaysia adalah RM4,099 dengan storan 256GB. Terdapat tiga warna ditawarkan iaitu hitam, biru dan merah jambu.

Tempahan awal untuk Xperia 5 II pula dibuka dari 20 November 2020 sehingga 10 Januari 2021. Hadiah percuma diberikan kepada mereka yang membuat tempahan awal, berupa fon kepala TWS Sony WF-XB700 bernilai RM549 bersama pelindung skrin.

Spesifikasi

Sony Xperia 5 II adalah telefon pintar kelas flagship yang dikuasakan pemproses Snapdragon 865, RAM 8GB dan storan 256GB. Baterinya sebesar 4,000mAh dan menyokong pengecasan pantas USB-PD, serta menerima kad mikroSD untuk storan tambahan.

Ia ada tiga kamera 12MP di belakang gabungan kamera utama, ultra lebar dan telefoto. Kamera ini turut dipasang kaca optik ZEISS. Sony juga melengkapi teknologi seperti Eye AF, mod Burst 20fps dan Cinematography Pro oleh CineAlta pada kamera telefon ini.

Skrinnya berukuran 6.1-inci HD Penuh jenis OLED HDR, bersama kadar penyegaran 120Hz. Menurut Sony, jika teknologi Motion Blur Reduction diaktifkan, pengguna akan dapat melihat paparan yang lebih lancar bersamaan dengan kadar 240Hz.

Selain itu, ia masih memiliki jek audio 3.5mm, kalis air IP68 serta speaker stereo. Bagaimanapun, ia tidak menyokong pengecasan wayarles.

Jika anda mahu peranti Sony yang lebih berkuasa, boleh mendapatkan Xperia 1 II berharga RM4,999. Ia memiliki hampir semua persamaan dengan Xperia 5 II, dengan perbezaan di skrin iaitu 6.5-inci 4K HDR OLED 60hz, serta menyokong pengecasan wayarles.

BACA  Telegram terima 25 juta pengguna baru dalam 3 hari, capai lebih 500 juta pengguna aktif sebulan