Jumlah hari semenjak PKP dilaksanakan

HARI

PKP bermula pada: 18 Mac, 2020

PKPP dijangka tamat dalam

HARI

PKPP dijangka ditamatkan pada 14 Apr, 2021

Ikuti liputan COVID‑19 kami di sini

OnePlus Nord 256GB boleh dibeli berasingan mulai 30 November

Semasa dilancarkan pada bulan Ogos lepas, terdapat dua varian OnePlus Nord diperkenal. Yang lebih murah memiliki RAM 8GB dan storan 128GB berharga RM1,799. Satu lagi varian memiliki RAM 12GB dan storan 256GB, tetapi ia mesti dibeli bersama OnePlus Buds, menjadikan harganya RM2,399.

Tidak lama lagi, OnePlus Malaysia akan menjual OnePlus Nord 256GB tanpa OnePlus Buds, menjadikan harganya lebih murah iaitu RM2,099 sahaja. Jualan baru ini bermula pada 30 November 2020 dan boleh di dapati di Stor Rasmi OnePlus di Shopee sahaja.

  • OnePlus Nord (RAM 8GB + Storan 128GB) – RM 1,799
  • OnePlus Nord (RAM 12GB + Storan 256GB) – RM 2,099

Jualan Kilat 30 November 2020

Selain itu, Stor Rasmi OnePlus di Shopee juga akan mengadakan jualan kilat pada 30 November 2020. Produk yang ditawarkan dengan diskaun nanti adalah:

OnePlus Nord

OnePlus Nord adalah salah satu telefon pintar 5G yang berharga di bawah RM2,000 di Malaysia. Telefon 5G lain di bawah RM2,000 yang sudah dijual di Malaysia adalah seperti Poco F2 Pro, Huawei Nova 7, Xiaomi Mi 10T Pro dan Samsung Galaxy A42.

Peranti ini boleh dikelaskan dalam kategori kelas pertengahan, dikuasakan cip Qualcomm Snapdragon 765G yang memiliki modem 5G terbina di dalam. Ia hadir bersama RAM LPDDR4X sehingga 12GB dan storan UFS2.1 sehingga 256GB.

Skrinnya dari jenis Fluid AMOLED dengan kadar penyegaran 90Hz, resolusi HD Penuh dalam nisbah 20:9, berukuran 6.44-inci dan dilapisi kaca Corning Gorilla Glass 5. Bateri yang dipasang di dalamnya berkapasiti 4,115mAh, menyokong pengecasan pantas Warp Charge 30T (5V/6A) melalui USB-C.

Di belakang, ia dilengkapi empat kamera iaitu kamera utama 48MP F1.75 dengan sensor Sony IMX586 dan menyokong penstabil imej optikal dan elektronik (OIS+EIS). Ia mampu merakam video sehingga 4K30fps. Dua lagi kamera ialah kamera ultra lebar 8MP F2.25, kamera pengesan kedalaman 5MP F2.4 dan kamera makro 3MP F2.4.

Di hadapan pula, ia ada dua kamera yang terletak di dalam lubang di sudut atas kiri skrin. Ia gabungan kamera utama 32MP F2.45 dari sensor Sony IMX616, bersama kamera ultra lebar 8MP F2.45. Menariknya, kamera hadapan ini boleh merakam video sehingga 4K60fps.

Untuk perhatian, OnePlus Nord tiada speaker stereo dan tiada ciri-ciri premium lain seperti pengecas wayarles dan kalis air. Ia juga tiada jek audio 3.5mm dan slot kad mikroSD, tetapi menyokong dua kad sim nano serentak.

Seperti semua peranti OnePlus, Nord juga menjalankan sistem operasi OxygenOS berasaskan Android 10. OnePlus menjamin bahawa semua peranti keluarannya akan menerima kemaskini OS selama 2 tahun dan kemaskini keselamatan selama 3 tahun.

[Sumber: OnePlus]