• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Prabayar Xpax Unlimited kini ada dua kali kelajuan dengan membeli add-on

  • OLEH Najib
  • 12:01 pm
  • 27/11/2020
  • Komen
Prabayar Xpax Unlimited kini ada dua kali kelajuan dengan membeli add-on
Share on FacebookShare on Twitter

Celcom telah melancarkan pelan prabayar tanpa had, Xpax Unlimited pada bulan Jun lepas. Bagaimanapun, kelajuannya disekat ke 3Mbps dan ditawarkan dalam pelan mingguan RM12 atau pelan bulanan RM35.

Kini pengguna Xpax Unlimited boleh menikmati kelajuan berganda 6Mbps, dengan membeli add-on yang mula ditawarkan Celcom baru-baru. Terdapat tiga jenis pass add-on 6Mbps yang boleh dibeli iaitu:



  • RM10 – mengikut tempoh sah pelan Unlimited
  • RM3 – selama 6 jam
  • RM1 – selama 1 jam

Bermakna, kalau anda melanggan pelan mingguan RM12 dan inginkan kelajuan 6Mbps sepanjang masa, anda boleh membeli pas RM10 menjadikan jumlah bayaran pelan kepada RM22. Begitu juga untuk pelan bulanan, kelajuan 6Mbps sepanjang masa boleh dinikmati dengan membayar RM45, selepas membeli pas RM10.

Jika anda memiliki bajet rendah dan lebih selesa dengan kelajuan disekat 3Mbps, tetapi mungkin kadangkala mahu kelajuan lebih tinggi 6Mbps, bolehlah membeli pas 1 jam atau 3 jam.



Pelan prabayar Xpax Unlimited ini tertakluk kepada polisi penggunaan saksama atau Fair usage Policy (FUP). Sementara pelan 3Mbps tidak pernah dinyatakan had FUP, untuk pelan 6Mbps ada hadnya. Menurut FAQ Speed Add-On, Pas RM1 untuk 1 jam dikenakan FUP 4GB, pas RM3 untuk 6 jam ada FUP 24GB, dan pas RM10 pula sebanyak 100GB. Selepas habis kuota FUP ini, kelajuan disekat akan turun semula dari 6Mbps kepada 3Mbps.

Dengan tawaran kelajuan 6Mbps ini, Celcom menawarkan saingan kepada Hotlink Unlimited yang memiliki pelan tanpa had 3Mbps RM35/bulan serta 6Mbps RM45/bulan. Tetapi Hotlink ada satu tawaran lebih baik, memberikan kuota hotspot tanpa had dengan add-on RM10/bulan.

Selain internet tanpa had dengan kelajuan disekat, Xpax Unlimited turut memberikan panggilan tanpa had serta kuota hotspot sebanyak 1GB bagi pelan mingguan, dan 3GB bagi pelan bulanan. Hotspot tambahan boleh dibeli dari RM1 dengan 1GB untuk kegunaan sehari, dan RM3 dengan 5GB untuk kegunaan 3 hari. Jika mahu internet berkelajuan tinggi tanpa had sementara, pengguna boleh melanggan pas Ultra Hour dari RM1 untuk 1 jam sehingga RM8 untuk 24 jam.

Untuk maklumat lanjut tentang tawaran baru ini, layari laman web Xpax Truly Unlimited.

Tags: xpax
Najib

Najib

POPULAR

Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

21 June 2025
Prabayar Xpax Unlimited kini ada dua kali kelajuan dengan membeli add-on

Prabayar Xpax Unlimited kini ada dua kali kelajuan dengan membeli add-on

27 November 2020
Honor X6c tiba di Malaysia, telefon murah tahan lasak dengan butang AI boleh suai

Honor X6c tiba di Malaysia, telefon murah tahan lasak dengan butang AI boleh suai

13 June 2025
Garmin Forerunner 570 & 970 kini di Malaysia, jam kecergasan AMOLED dengan fungsi ECG

Garmin Forerunner 570 & 970 kini di Malaysia, jam kecergasan AMOLED dengan fungsi ECG

19 June 2025
Redmi Pad 2 dilancar, tablet murah dengan skrin 11″ 90Hz & bateri besar 9,000mAh

Redmi Pad 2 dilancar, tablet murah dengan skrin 11″ 90Hz & bateri besar 9,000mAh

20 June 2025
Realme C71 akan dilancar pada 12 Jun, hadir dengan bateri 6,300mAh & kamera 50MP

Realme C71 rasmi di Malaysia, telefon bawah RM500 dengan bateri besar 6,300mAh

12 June 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER