• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Caruman KWSP turun kepada 9%? Ini cara untuk kekalkan pada 11%

  • OLEH Hanif Azrai
  • 3:43 pm
  • 01/12/2020
  • Komen
Cara keluarkan RM500/bulan daripada KWSP dibawah program i-Lestari
Share on FacebookShare on Twitter

Seperti yang diumumkan dalam Belanjawan 2021, KWSP telah menurunkan caruman ahlinya daripada 11% daripada gaji kasar kepada 9%. Ini adalah kesinambungan inisiatif yang diumumkan dalam bulan April 2020 lalu dan ia akan dilanjutkan kepada sepanjang tahun 2021.

Sekiranya anda memilih untuk menerima penurunan ini, tidak perlu berbuat apa-apa kerana ia akan berlaku secara automatik. Tapi, jika anda ingin kekal di 11%, ini adalah cara untuk beritahu KWSP.



Tak Setuju Dengan Caruman KWSP 7%? Ini Cara Untuk Kekalkan Pada 11%

Kadar caruman akan diturunkan secara automatik

Menurut kerajaan,  penyelarasan sebanyak 2% ini akan mempertingkat tunai boleh belanja sebanyak RM9.3 bilion. Ia berikutan setiap pencarum akan menerima bayaran gaji yang lebih tinggi kerana amaun yang dimasukkan ke KWSP berkurangan.

Seperit yang dimaklumkan tadi, penyelarasan akan berlaku secara automatik kepada pencarum yang berumur 60 tahun dan ke bawah. Pencarum yang berumur lebih 60 tahun, kadar caruman mereka tidak berubah.



Yang berubah cumalah kadar caruman ahli. Kadar caruman majikan tidak berlaku sebarang perubahan. Buat pencarum yang lakukan caruman sendiri, kadar ini tidak dikenakan ke atas mereka dan had caruman masih dikekalkan kepada RM60 ribu setahun.

Cara untuk kekalkan kadar caruman 11% sepanjang 2021

Sekiranya anda tak perlukan duit tambahan hasil penurunan kadar caruman, anda boleh beritahu KWSP untuk kekalkan caruman anda pada kadar sedia ada. Berikut adalah caranya:

  1. Muat turun Borang KWSP 17A (Khas 2021).
  2. Borang ini perlu dilengkapkan dan boleh dilakukan secara berkumpulan.
  3. Majikan perlu memproses borang ini secara dalam talian melalui portal i-Akaun (majika) bermula 14 Disember 2020.
  4. Majikan perlu menyimpan Borang KWSP 17A (Khas 2021) untuk tujuan rekod.

Anda boleh rujuk laman rasmi KWSP untuk maklumat lanjut.

[Sumber: KWSP]

Tags: Belanjawan 2021kwsp
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

Cara keluarkan RM500/bulan daripada KWSP dibawah program i-Lestari

Caruman KWSP turun kepada 9%? Ini cara untuk kekalkan pada 11%

1 December 2020
Vivo V80 Lite 5G dengan bateri 10,000mAh rasmi di Malaysia, harga dari RM1,399

Vivo V80 Lite 5G dengan bateri 10,000mAh rasmi di Malaysia, harga dari RM1,399

4 September 2026
Redmi Note 17 5G & 4G Malaysia: Skrin besar 6.99″, bateri 7,700mAh, dari RM749

Redmi Note 17 5G & 4G Malaysia: Skrin besar 6.99″, bateri 7,700mAh, dari RM749

2 September 2026
8 perkara wajib tahu sebelum naik ETS EMUPlus ke Ipoh di stesen Bandar Tasik Selatan!

8 perkara wajib tahu sebelum naik ETS EMUPlus ke Ipoh di stesen Bandar Tasik Selatan!

3 September 2026
Realme C100x rasmi di Malaysia, tawar bateri 8,000mAh dan skrin 120Hz bawah RM1,000

Realme C100x rasmi di Malaysia, tawar bateri 8,000mAh dan skrin 120Hz bawah RM1,000

1 September 2026
Siri Poco F9 tiba di Malaysia: Skrin 185Hz, kamera 200MP, promo dari RM2,799

Siri Poco F9 tiba di Malaysia: Skrin 185Hz, kamera 200MP, promo dari RM2,799

1 September 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN