• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home APP

Tiktok menguji kemampuan rakam video melebihi had 1 minit

  • OLEH Fatin Amanina
  • 4:30 pm
  • 03/12/2020
  • Komen
Perak Sasar Pengguna TikTok Untuk Pacu Sektor Pelancongan
Share on FacebookShare on Twitter

Menjadi satu trend buat sebahagian generasi kini untuk memiliki akaun Tiktok dan berkongsi bermacam genre video melaluinya. Ada yang menari menggunakan lagu rancak, membuat aksi lucu, ada yang mengambil bahagian untuk berkongsi ilmu dan ada juga yang mempunyai akaun sekadar untuk menonton video pengguna lain.

Buat masa ini, tempoh video yang boleh dirakam melalui aplikasi Tiktok oleh pengguna adalah maksimum 60 saat (1 minit).



Tetapi, menurut perunding media sosial Matt Navarra di Tweeternya, dalam satu tangkap layar, Tiktok dilapor memberi akses awal untuk menguji kemampuan merakam video sehingga 3 minit. Namun, maklumat lanjut masih belum diperolehi.

😮 TikTok is rolling out ability to upload longer videos of up to 3 minutes long 🤳🏻 pic.twitter.com/9ifs7s7Uh3

— Matt Navarra (I quit X. Follow me on Threads) (@MattNavarra) December 2, 2020

Bukanlah sesuatu yang pelik bagi platform media sosial untuk memperluas had kandungannya, kerana pada tahun 2017, Twitter menggandakan had aksaranya dari 140 kepada 280 aksara. Pembaharuan tersebut diterima baik oleh pengguna Twitter.



Menonton video dengan tempoh 60 saat di aplikasi Tiktok adalah sesuatu yang tidak membosankan, kerana videonya cepat tamat dan setiap pengisian dapat di terima dengan baik.

Tiga minit adalah tempoh masa yang sangat panjang. Jika Tiktok melancarkan pembaharuan ini, maka selepas ini pengguna boleh memanfaatkannya dengan berkarya menggunakan aplikasi tersebut seperti berkongsi pelbagai kandungan video. Contohnya berkongsi video tutorial solek, treler filem dan demo masakan.

Jika anda belum ada aplikasi Tiktok dan tertanya-tanya bagaimana ianya berfungsi, anda boleh memuat turun aplikasi tersebut di Google Store dan Apple Store.

[Sumber: TheVerge]

Tags: TikTok
Fatin Amanina

Fatin Amanina

POPULAR

Cari telefon bajet lancar untuk gaming dan bateri tahan lama? Pertimbang OPPO A6 Pro 5G

Cari telefon bajet lancar untuk gaming dan bateri tahan lama? Pertimbang OPPO A6 Pro 5G

2 October 2025
5 Terbaik: Telefon bawah RM1,500 ada bateri besar, prestasi tinggi & tahan lasak

5 Terbaik: Telefon bawah RM1,500 ada bateri besar, prestasi tinggi & tahan lasak

24 October 2025
Perak Sasar Pengguna TikTok Untuk Pacu Sektor Pelancongan

Tiktok menguji kemampuan rakam video melebihi had 1 minit

3 December 2020
Nak gambar ‘pro’ guna telefon siri Galaxy S? Ini tip yang anda boleh cuba

Nak gambar ‘pro’ guna telefon siri Galaxy S? Ini tip yang anda boleh cuba

17 October 2025
Kad Visa Travel TNG eWallet: 3% cashback tanpa had, pengeluaran luar negara percuma

Kad Visa Travel TNG eWallet: 3% cashback tanpa had, pengeluaran luar negara percuma

21 October 2025
Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

25 March 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER