• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

PKPB dilanjutkan ke 20 Disember, tetapi tiada lagi sekatan rentas daerah/negeri & had 3 penumpang

  • OLEH Najib
  • 12:16 pm
  • 07/12/2020
  • Komen
PKPB dilanjutkan ke 20 Disember, tetapi tiada lagi sekatan rentas daerah/negeri & had 3 penumpang
Share on FacebookShare on Twitter

Perintah Kawalan Pergerakan Bersepadu (PKPB) yang dikuatkuasakan di seluruh Malaysia hampir sebulan lalu, kini telah dibatalkan dengan beberapa negeri akan dilanjutkan lagi 14 hari. Dari 7 hingga 20 Disember 2020, lokasi berikut akan meneruskan PKPB iaitu:

  1. Seluruh Selangor kecuali Kuala Selangor, Sabak Bernam dan Hulu Selangor
  2. Seluruh Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, kecuali Putrajaya dan Labuan
  3. Seluruh Negeri Sabah
  4. Daerah Kota Bharu, Pasir Mas, Machang dan Tanah Merah di Kelantan
  5. Daerah Seremban dan Port Dickson di Negeri Sembilan
  6. Daerah Kinta, Mukim Teja dan Mukim Changkat Jong di Perak
  7. Daerah Johor Bahru, Batu Pahat dan Kulai di Johor
  8. Mukim 12: Barat Daya dan Mukim 13: Timur Laut di Pulau Pinang.

Aktiviti Dibenarkan

Bersama pengumuman ini, kerajaan turut mengumumkan perubahan SOP untuk kawasan PKPB, antaranya tiada lagi sekatan untuk merentas daerah dan negeri, kecuali di kawasan PKPD (diperketat). Bermakna orang ramai bebas keluar masuk mana-mana kawasan di Malaysia, kecuali zon PKPD.



Selain itu, tiada lagi had 3 orang penumpang di dalam satu kenderaan. Had kini menurut jumlah kapasiti penumpang kenderaan. Jika kereta 5 orang, MPV 7 orang, dan sebagainya.

Sumber: MKN

Senarai penuh aktiviti yang DIBENARKAN di kawasan PKPB dari 7 hingga 20 Disember adalah seperti berikut:



  1. Pergerakan dalam kawasan PKPB dan ke kawasan PKPB dan kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) lain DIBENARKAN
  2. Pergerakan ke kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) perlu KEBENARAN PDRM
  3. Bilangan penumpang dalam kenderaan persendirian adalah mengikut kapasiti kenderaan. Namun individu yang berisiko tinggi dan kanak kanak tidak digalakkan keluar ke kawasan awam terbuka dan sesak
  4. Bilangan orang yang dibenarkan di dalam kenderaan membawa barangan dan perkhidmatan perlu serta rantaian aktiviti ekonomi/industri bergantung kepada lesen pendaftaran kenderaan perdagangan
  5. Pergerakan kenderaan persendirian jabatan Kerajaan atau syarikat swasta bagi tujuan pergi dan balik dari tempat kerja atau menjalankan urusan rasmi kerajaan adalah bergantung kepada kapasiti tempat duduk kenderaan tersebut
  6. Aktiviti dan perkhidmatan di semua lapangan terbang dan pelabuhan DIBENARKAN beroperasi
  7. Perkhidmatan pengangkutan awam seperti bas henti-henti, bas ekspres, LRT/MRT/ERL/Monorel, feri, kapal terbang, teksi, e hailing dan lain lain pengangkutan awam, DIBENARKAN beroperasi (waktu operasi mengikut syarat lesen) berdasarkan kapasiti kenderaan
  8. Perkhidmatan penghantaran makanan DIBENARKAN beroperasi dari jam 6.00 pagi hingga 12.00 tengah malam sepanjang tempoh perintah kawalan pergerakan PKPB
  9. Perniagaan ekonomi industri DIBENARKAN beroperasi seperti yang ditetapkan oleh Kerajaan
  10. Pasar Raya, Pusat Beli Belah dan Retail Store DIBENARKAN beroperasi mengikut SOP yang ditetapkan antara 6.00 pagi hingga 12.00 tengah malam
  11. Restoran, kedai, gerai makan, kenderaan bersaji (food truck), penjaja tepi jalan, penjaja beredar, medan selera/pusat penjaja, gerai makan tepi jalan/kiosk, kedai runcit dan kedai serbaneka DIBENARKAN beroperasi antara 6.00 pagi hingga 12.00 tengah malam dengan pematuhan kepada SOP Sektor Makanan
  12. Restoran dan kedai makan DIBENARKAN beroperasi secara dine in (DENGAN PENJARAKAN 1 METER
  13. ANTARA PELANGGAN mengikut saiz meja), bawa pulang (take away), penghantaran (delviery) atau pandu lalu dengan pematuhan kepada SOP Sektor Makanan (Perniagaan Berpremis, Penjaja Tanpa Premis, Pasar Berbangunan dan Peruncitan/Serbaneka Makanan Minuman). Waktu operasi dibenarkan dari 6.00 pagi hingga 12.00 tengah malam tertakluk syarat lesen
  14. Operasi pasar harian, pasar borong, pasar tani, pasar malam dan Bazar Larut Malam (uptown, downtown dan seumpamanya) adalah mengikut waktu mula operasi mengikut lesen/permit sehingga 12.00 tengah malam dengan pematuhan SOP dan pengawasan pihak berkuasa serta anggota RELA/PBT
  15. Waktu operasi pengepaman di stesen minyak adalah antara 6.00 pagi hingga 12.00 tengah malam kecuali pengoperasian stesen minyak di lebuh raya dibenarkan beroperasi 24 jam)
  16. Operasi dobi DIBENARKAN bermula jam 6.00 pagi hingga 12.00 tengah malam
  17. Operasi lain-lain perniagaan untuk keperluan harian yang DIBENARKAN bermula dari jam 6.00 pagi hingga 12.00 tengah malam tertakluk syarat lesen
  18. Waktu operasi klinik dan hospital Kerajaan dan swasta DIBENARKAN beroperasi secara 24 jam atau mengikut waktu yang ditetapkan oleh Kerajaan
  19. Farmasi dan kedai menjual ubat ubatan beroperasi mulai 8.00 pagi hingga 12.00 tengah malam
  20. Aktiviti sukan dan rekreasi yang tidak bersentuhan fizikal (indoor dan outdoor) adalah dibenarkan Aktiviti-aktiviti yang dijalankan secara individu mestilah tidak melebihi 10 orang dengan memastikan penjarakan sosial (aktiviti statik 1-3 meter dan aktiviti dinamik 3-5 meter) seperti berjalan, jogging, berbasikal, senam robik, kendiri, hiking, memancing dan lain lain adalah DIBENARKAN dengan mematuhi SOP Sektor Sukan & Rekreasi
  21. Kebenaran beroperasi dan menggunakan fasiliti sukan oleh orang awam adalah TERHAD bagi aktiviti latihan yang tidak melibatkan sentuhan fizikal dan mematuhi SOP Sukan dan Rekreasi Kapasiti pengguna bagi setiap premis yang terlibat hendaklah tidak melebihi 50 kapasiti keseluruhan premis tersebut Pengusaha dan operator sukan perlu menjadualkan pelaksanaan latihan sekiranya terdapat ramai peserta dengan menghadkan jumlah pengguna pada satu satu masa
  22. Program latihan berpusat yang sedia ada dilaksanakan oleh Majlis Sukan Negara dan Majlis Sukan Negeri negeri berkenaan boleh diteruskan secara Quarantine Based Approach seperti yang dilaksanakan di Kompleks MSN Bukit Jalil dan Keramat, Akademi Badminton Malaysia, Bukit Kiara, Pusat Kecemerlangan Sukan Paralimpik Kg Pandan Sunway Megalanes dan Velodrome, Nilai

Aktiviti Tidak Dibenarkan

Manakala aktivit-aktiviti yang TIDAK DIBENARKAN sepanjang PKPB berkuatkuasa adalah seperti berikut:

Aktiviti Hiburan

  • Aktiviti di kelab malam atau pub
  • Aktiviti di taman tema indoor playground dan panggung wayang kecuali di zon hijau dalam kawasan PKPB yang dibenarkan melaksanakan aktiviti tersebut
  • Aktiviti konsert atau acara langsung dengan kehadiran penonton

Seminar/Bengkel/Persidangan/Pameran

  • Semua Seminar/Bengkel/Kursus/Persidangan/Ceramah/Pameran dan aktiviti berkaitan dengan Incentives, Conventions and Exhibitions (ICE) kecuali di zon hijau dalam kawasan PKPB yang dibenarkan melaksanakan aktiviti tersebut
  • Latihan dalam perkhidmatan yang sedang berjalan BOLEH DILAKSANAKAN hanya dalam kawasan institusi latihan sahaja

Penganjuran Majlis Keramaian

  • Majlis Rasmi dan Tidak Rasmi Kerajaan dan Swasta, Majlis Sosial seperti kenduri-kendara, majlis perkahwinan dan pertunangan, resepsi, majlis aqiqah, doa selamat, tahlil, sambutan ulang tahun, sambutan hari kelahiran, reunion, retreat dan lain lain majlis sosial

Pendidikan

  • Kelas tuisyen, kelas muzik, kelas tarian, seni, kelas mengaji, kelas bahasa, dan sebagainya.
  • PENGECUALIAN DIBENARKAN secara individu (one to one). Aktiviti tersebut dibenarkan seperti biasa di zon hijau dalam kawasan PKPB.
  • PENGECUALIAN untuk Pelajar sekolah IPTA, IPTS yang mengambil ujian atau peperiksaan dengan institusi luar negara adalah DIBENARKAN untuk hadir menduduki peperiksaan sahaja dan bukan untuk sesi pembelajaran

Aktiviti Sukan dan Rekreasi

  • Aktiviti berkelah, aktiviti bersentuhan fizikal/sukan tempur, aktiviti perlawanan bagi sukan berpasukan dan aktiviti penganjuran kejohanan/pertandingan
  • Aktiviti sukan dan rekreasi yang melibatkan penglibatan yang ramai dan sukar dikawal penjarakan fizikal
  • Acara dan pertandingan sukan dengan kehadiran penonton, dan acara dan pertandingan sukan yang melibatkan peserta dari luar negara

Aktiviti Pelancongan

  • Aktiviti pelancongan ke PKPD
  • Aktiviti pelancongan ke luar negeri oleh warganegara dan aktiviti pelancongan dalam negeri yang melibatkan pelancong asing memasuki Malaysia, kecuali pelancong asing daripada negara sebagaimana yang dinyatakan oleh Menteri
  • PENGECUALIAN untuk Aktiviti pelancongan di Zon Hijau di dalam PKPB DIBENARKAN dan perlu mematuhi
  • SOP yang ditetapkan oleh Kementerian Pelancongan Seni dan Budaya Malaysia (MOTAC)

Lain-lain Yang Tidak Dibenarkan

  • Apa apa aktiviti yang boleh menyebabkan ramai orang hadir di suatu tempat sehingga menyukarkan penjarakan fizikal dan pematuhan kepada arahan Ketua Pengarah Kesihatan
  • Lain lain perkara yang diputuskan oleh Kerajaan dari semasa ke semasa

[Sumber: MKN]

Bacaan Berkaitan

Poster PKPD berakhir 3 Januari adalah palsu, penyebar boleh disaman tidak lebih RM50,000
Tidak perlu mendaftar MySejahtera jika mengisi minyak sahaja
Pengecualian caj RM1 mesin ATM MEPS diteruskan ke satu tarikh yang belum ditetapkan
Tags: COVID-19PKPB
Najib

Najib

POPULAR

PKPB dilanjutkan ke 20 Disember, tetapi tiada lagi sekatan rentas daerah/negeri & had 3 penumpang

PKPB dilanjutkan ke 20 Disember, tetapi tiada lagi sekatan rentas daerah/negeri & had 3 penumpang

7 December 2020
Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

25 February 2025
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

19 February 2025
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
TIPS: 5 Cara semak kiblat dengan tepat jika anda tidak jumpa arah kiblat

TIPS: 5 Cara semak kiblat dengan tepat jika anda tidak jumpa arah kiblat

6 April 2023

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER