• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

COVID-19: Kes positif di Malaysia bakal lepasi China tak lama lagi

  • OLEH Hanif Azrai
  • 11:20 am
  • 12/12/2020
  • Komen
2019-nCoV: Adakah Anda Pakai Topeng Yang Betul, Dengan Betul?
Share on FacebookShare on Twitter

Angka kes positif Covid-19 di Malaysia mencanak naik dalam 3 bulan terakhir tahun 2020 ini. Pada 10 Disember 2020, kita mencatatkan 2,234 kes positif iaitu rekod tertinggi setakat ini. Sekiranya trend ini berterusan, tak mustahil kita akan memintas angka positif Covid-19 di China sebelum tahun 2020 berakhir.

Untuk letakkan anda dalam perspektif, pada 11 Disember 2020, Malaysia telah catatkan 1,810 kes baharu dan ia dihimpunkan kepada 10,073 kes positif untuk minggu tersebut sahaja.



Trend negara Malaysia (sumber)
Trend negara China (sumber)

Angka tersebut menjadikan jumlah kumulatif sejak Malaysia mula menjejak kes positif adalah 80,309. Kita berada di belakang China sebanyak 6,379 kes sahaja (China catatkan 86,688). Lebih menggerunkan, populasi di China adalah 1.4 billion berbanding 32.7 juta negara kita.

Namun, sebelum anda gelabah, info yang dikongsikan Pengarah Kesihatan mungkin sedikit melegakan. Ada penjelasan kenapa angka positif mencanak naik sejak kebelakangan ini. Menurut beliau, kapasiti ujian pengesanan Covid-19 yang dijalankan negara kita meningkat tinggi disebabkan keputusan kerajaan untuk mewajibkan ujian saringan keatas ramai pekerja asing yang berada di sini.



Tambahan pula, angka kematian yang dicatatkan kita masih rendah relatif kepada China.Kita setakat ini kehilangan 396 nyawa berbanding 4,634 setakat ini di China. Namun, peratusan pesakit pulih kita sedikit rendah dibandingkan China (94.3% vs 84.4%).

Warga emas 91 tahun jadi yang pertama terima vaksin COVID-19 Pfizer di UK

Tapi, anda jangan lupa yang ada vaksin Covid-19 sedang menjalani ujian klinikal fasa 3 dan jangkakan keadaan akan bertambah baik daripada masa ke masa.Sementara itu, marilah kita sama-sama teguhkan amalan norma baharu untuk basmi penularan virus ini.

Tags: COVID-19covid19
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

2019-nCoV: Adakah Anda Pakai Topeng Yang Betul, Dengan Betul?

COVID-19: Kes positif di Malaysia bakal lepasi China tak lama lagi

12 December 2020
Siri Redmi Note 17 kini boleh ditempah di Malaysia: Ini spesifikasi penuhnya

Siri Redmi Note 17 kini boleh ditempah di Malaysia: Ini spesifikasi penuhnya

28 August 2026
Realme C100x rasmi di Malaysia, tawar bateri 8,000mAh dan skrin 120Hz bawah RM1,000

Realme C100x rasmi di Malaysia, tawar bateri 8,000mAh dan skrin 120Hz bawah RM1,000

1 September 2026
Vivo V80 Lite 5G dengan bateri 10,000mAh rasmi di Malaysia, harga dari RM1,399

Vivo V80 Lite 5G dengan bateri 10,000mAh rasmi di Malaysia, harga dari RM1,399

4 September 2026
Siri Poco F9 tiba di Malaysia: Skrin 185Hz, kamera 200MP, promo dari RM2,799

Siri Poco F9 tiba di Malaysia: Skrin 185Hz, kamera 200MP, promo dari RM2,799

1 September 2026
Redmi Note 17 5G & 4G Malaysia: Skrin besar 6.99″, bateri 7,700mAh, dari RM749

Redmi Note 17 5G & 4G Malaysia: Skrin besar 6.99″, bateri 7,700mAh, dari RM749

2 September 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN