• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Filem menyentuh jiwa karya Yasmin Ahmad, bakal menemui penonton di Netflix

  • OLEH Fatin Amanina
  • 3:35 pm
  • 16/12/2020
  • Komen
Filem menyentuh jiwa karya Yasmin Ahmad, bakal menemui penonton di Netflix
Share on FacebookShare on Twitter

Beberapa hari sahaja lagi, filem karya pengarah hebat Allahyarham Yasmin Ahmad akan menemui penonton diperkhidmatan hiburan penstriman terkemuka dunia, Netflix.

Tidak dinafikan semua karya Yasmin Ahmad adalah hebat, kreatif dan berani. Filem di bawah arahan beliau sinonim dengan elemen kasih sayang, kekeluargaan, jenaka dan berlatarbelakangkan masyarakat majmuk di Malaysia. Selain itu, filem ciptaannya juga sentiasa relevan untuk tatapan setiap generasi dan tidak akan lapuk ditelan zaman.



Bermula 18 Disember ini, 3 filem karya beliau yang pernah ditanyangkan dipawagam satu ketika dahulu bakal menemui penonton semula melalui Netflix. 3 filem tersebut ialah, Rabun, Mukhsin dan Talentime.

Rabun

Filem Rabun diinspirasikan oleh arwah bapa kepada pengarah Yasmin Ahmad yang mengalami separuh buta. Ianya merupakan karya beliau pada tahun 2003.



Filem ini mengisahan tentang Pak Atan lakonan M. Rajoli dan Mak Inom lakonan Kartina Aziz yang kembali ke kampung setelah bosan dengan kehidupan di bandar. Namun, pasangan yang penuh dengan kasih sayang ini mendapati bahawa kehidupan di luar bandar tidak begitu menyenangkan seperti yang disangka. Mereka ditipu hal yang melibatkan wang oleh saudara mereka sendiri.

Filem ini pernah dicalonkan untuk kategori filem terbaik dalam festival filem Torino pada tahun 2003.

Mukhsin

Filem ini diterbitkan pada 2006. Ia mengisahkan tentang dua sahabat baik, Mukhsin lakonan Syafie Naswip dan Orked lakonan Sharifah Aryana.

Mukhsin bersama abangnya pulang ke kampung semasa cuti persekolahan. Lalu dia bertemu dengan Orked di kampung itu. Orked yang gemar permainan lasak mula rapat dengan Mukhsin dan menjadi sahabat.

Namun, sebagai kanak-kanak yang meningkat remaja, Mukhsin mula menyimpan rasa terhadap Orked. Ini menyebabkan wujud permasalahan antara mereka kerana Orkid terlalu muda dan mentah untuk bercinta. Hingga hari terakhir Mukhsin meninggalkan kampung itu, dia masih gagal meluahkan rasa cintanya.

Selain itu, filem ini juga menekankan situasi kehidupan dua keluarga yang mempunyai cabaran tersendiri. Mukhsin dan abangnya dijaga oleh makcik mereka setelah diabaikan oleh ibunya sejak kecil. Manakala keluarga Orked juga mempunyai kisah tersendiri.

Filem Mukhsin pernah memenangi banyak anugerah antaranya:

  1. Anugerah Ciri Filem Terbaik di Festival Filem Antarabangsa Berlin yang ke 57
  2. Anugerah Deutsches Kinderhilfswerk Grand Prix
  3. Anugerah Filem Asia Tenggara Terbaik dalam Festival Filem Antarabangsa Cinemanila
  4. Anugerah Silver Hanoman di Festival Filem Asia NETPAC, Jogja

Talentime

Talentime merupakan filem terakhir karya Yasmin Ahmad dan ia diterbitkan pada tahun 2009. Antara barisan pelakon yang terlibat ialah Pamela Chong, Mahesh Jugal Kishor dan Syafie Naswip.

Filem ini menyentuh tentang cinta, keluarga dan ujian kehidupan seharian. Selain itu, ia juga menekankan kisah cinta Melur dan Mahesh yang bermula daripada pertandingan pencarian bakat di sekolah.

Karya ini juga berjaya memenangi beberapa anugerah seperti

  1. Anugerah Filem Asia Tenggara Terbaik di Festival Filem Antarabangsa Cinemanila 2009
  2. Anugerah Lakon Layar Terbaik dan Pengarah Terbaik di Festival Filem Malaysia 2009

Menonton filem tempatan dalam penstriman Netflix tentunya akan melahirkan rasa teruja yang luar biasa. Sebelum ini, filem tanah air Puteri Gunung Ledang sudah mula ditayangkan di Netflix. Kini giliran 3 filem ini pula menemui penonton tidak lama lagi.

Netflix boleh dilanggan dari serendah RM17/bulan untuk tontonan di peranti mudah alih sahaja, sehinggalah RM55/bulan untuk tontonan sehingga 4 peranti serentak dengan kualiti tertinggi Ultra HD. Layari www.netflix.com untuk maklumat lanjut.

[Sumber: Netflix, IMDb]

Tags: MukhsinNetflixRabunTalentimeYasmin Ahmad
Fatin Amanina

Fatin Amanina

POPULAR

Pembayaran digital meningkat ketika COVID-19, 74% rakyat Malaysia berjaya lakukan transaksi tanpa tunai sepenuhnya

Pembayaran digital meningkat ketika COVID-19, 74% rakyat Malaysia berjaya lakukan transaksi tanpa tunai sepenuhnya

5 Ogos 2022
Apple Pay di Malaysia: Ini tutorial untuk gunakannya

Apple Pay di Malaysia: Ini tutorial untuk gunakannya

9 Ogos 2022
China akan dilarang jual telefon murah di India

China akan dilarang jual telefon murah di India

9 Ogos 2022
Edisi 2022: Senarai 8 telco yang ada pelan prabayar Internet unlimited di Malaysia

Edisi 2022: Senarai 8 telco yang ada pelan prabayar Internet unlimited di Malaysia

5 Januari 2022
6 perkara yang anda patut tahu tentang siri Samsung Galaxy S22

Tidak mustahil lagi menangkap gambar malam di bandar dengan Samsung Galaxy S22 Nightography

29 Jun 2022
Barang Lazada & Shopee yang dihantar dari luar negara bakal dicukai 10% bermula 2023

Barang Lazada & Shopee yang dihantar dari luar negara bakal dicukai 10% bermula 2023

5 Ogos 2022

Copyright © 2022 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2022 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER