• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Filem Puteri Gunung Ledang boleh ditonton di Netflix mulai 26 November

  • OLEH Najib
  • 7:43 pm
  • 18/11/2020
  • Komen
Filem Puteri Gunung Ledang boleh ditonton di Netflix mulai 26 November
Share on FacebookShare on Twitter

Filem Puteri Gunung Ledang (PGL), adalah filem yang menelan belanja tertinggi dalam sejarah penghasilan filem Malaysia, dengan kos sebanyak RM16.6 juta. Ia ditayangkan di layar perak pada 2004 dan tidak lama lagi, orang ramai boleh menontonnya menerusi Netflix.

Netflix Malaysia mengumumkan bahawa filem PGL akan boleh ditonton di platform pernstriman mereka bermula dari 26 November 2020. Tetapi ia eksklusif untuk pengguna di Asia Tenggara sahaja, sama seperti filem Boboiboy Movie 2 sebelum ini.



Diarahkan oleh Teong Hin Saw, filem ini dibintangi oleh Tiara Jacquelina (Puteri Gunung Ledang), M. Nasir (Hang Tuah), Dato’ Rahim Razali (Datuk Bendahara) dan Adlin Aman Ramlie (Sultan Mahmud Shah). Ia telah memenangi 5 anugerah di Festival Filem Malaysia ke-18 dan menduduki tangga ke-49 dalam Kategori Filem Asing Terbaik di Anugerah Akademi Oscar 2004.

Selain menjadi pelakon utama, Tiara Jacquelina turut menyanyikan lagu tema filem ini, bertajuk Asmaradana. Beliau juga terpilih sebagai pelakon wanita terbaik di dalam Festival Filem Asia Pasifik 2005. Puteri Gunung Ledang merupakan satu kisah hikayat lama tentang percintaan tiga segi antara beliau, Hang Tuah dan Sultan Mahmud.



Netflix boleh dilanggan dari serendah RM17/bulan untuk tontonan di peranti mudah alih sahaja, sehinggalah RM55/bulan untuk tontonan sehingga 4 peranti serentak dengan kualiti tertinggi Ultra HD. Layari www.netflix.com untuk maklumat lanjut.

[Sumber: Netflix]

Tags: NetflixPuteri Gunung Ledang
Najib

Najib

POPULAR

Filem Puteri Gunung Ledang boleh ditonton di Netflix mulai 26 November

Filem Puteri Gunung Ledang boleh ditonton di Netflix mulai 26 November

18 November 2020
ASUS ExpertBook Ultra dilancar di Malaysia, laptop ringan 0.99kg, skrin Tandem OLED 3K & Intel Core Ultra X7

ASUS ExpertBook Ultra dilancar di Malaysia, laptop ringan 0.99kg, skrin Tandem OLED 3K & Intel Core Ultra X7

12 June 2026
KLIMS 2026 bakal kembali Jun ini, lebih daripada sekadar pameran kereta

KLIMS 2026 bakal kembali Jun ini, lebih daripada sekadar pameran kereta

10 June 2026
Vivo Y31s 5G Malaysia: Bateri BlueVolt 6,500mAh & kalis air IP69+ pada harga RM1,199

Vivo Y31s 5G Malaysia: Bateri BlueVolt 6,500mAh & kalis air IP69+ pada harga RM1,199

11 June 2026
Unifi TV umum harga Pas Piala Dunia FIFA 2026, RM20 sehari atau RM50 untuk satu musim

Unifi TV umum harga Pas Piala Dunia FIFA 2026, RM20 sehari atau RM50 untuk satu musim

8 June 2026
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN