• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Huawei juga mahu ikut jejak Apple melindungi alam sekitar

  • OLEH Najib
  • 3:48 pm
  • 16/12/2020
  • Komen
Reviu Huawei Y6p: Telefon bajet dan tidak kedekut storan, tapi perlu lebih pemurah
Share on FacebookShare on Twitter

Sekali lagi Apple dilihat berjaya memulakan trend baru dalam industri peranti pintar. Semua telefon pintar Apple kini tidak lagi hadir dengan kepala pengecas, dikatakan untuk menjaga alam sekitar dengan menyuruh pengguna mengunakan semula pengecas lama.

Samsung dikhabarkan mahu mengikuti langkah ini walaupun telah mengutuk Apple semasa pelancaran iPhone 12. Kini timbul pula berita ada lagi pengeluar gergasi akan menuruti langkah Apple.



Terbaru, Huawei dikesan berhasrat mahu membuang kepala pengecas dari dalam kotak, menerusi satu tinjauan berkenaan produk mereka akan datang, fon kepala wayarles. Antara soalan yang terdapat di dalam tinjauan tersebut adalah mengenai kabel USB.

Soalan dalam tinjauan Huawei mengenai fon kepala wayarles

Dalam tinjuan itu, Huawei bertanya sama ada pengguna merasakan perlukah fon kepala wayarles datang dengan kabel pengecas USB-C. Soalan lain pula berbunyi, berapakah harga patut untuk fon kepala wayarles dijual, tanpa kabel pengecas disertakan. Satu lagi soalan bertanya, adakah ketiadaan kabel pengecas memberi kesan kepada keputusan pengguna untuk membeli.



Walaupun soalan dalam tinjauan ini tidak menyebut telefon pintar, ia sebenarnya serupa dengan apa yang dilakukan Apple sebelum ini. Pada awal tahun ini, Apple telah membuat tinjauan kepada pengguna tentang apa yang dilakukan terhadap pengecas lama. Tidak lama kemudian, Apple tidak lagi memberikan kepada pengecas di dalam jam pintar Apple Watch Series 6, seterusnya untuk telefon pintar siri iPhone 12.

Jika langkah ini benar-benar diikuti oleh Samsung dan Huawei, maka ia pasti akan menjadi ikutan semua pengeluar lain dan menjadi standard kotak telefon pintar tidak lama lagi. Tetapi bagaimana pula pengeluar mahu berlagak dengan sokongan kuasa pengecas sehingga 100W, jika dijual berasingan?

[Sumber: PhoneArena, IThome]

Bacaan Berkaitan

Semua iPhone tiada lagi pengecas dan EarPods, ini harga ia dijual di Malaysia
Samsung Galaxy S21 dijangka tiada pengecas dan fon telinga di dalam kotak
Samsung ejek Apple pasal pengecas, adakah dia lupa sejarah?
Tags: Huawei
Najib

Najib

POPULAR

Reviu Huawei Y6p: Telefon bajet dan tidak kedekut storan, tapi perlu lebih pemurah

Huawei juga mahu ikut jejak Apple melindungi alam sekitar

16 December 2020
Nak Jimat Lebih Masa Raya? PayLater by Grab Tawar Diskaun Sehingga RM35

Nak Jimat Lebih Masa Raya? PayLater by Grab Tawar Diskaun Sehingga RM35

15 March 2026
iPhone bakal terima sokongan 5G SA menerusi kemas kini iOS 26.4

iPhone bakal terima sokongan 5G SA menerusi kemas kini iOS 26.4

16 March 2026
Infinix Note 60 Ultra kini rasmi: Reka bentuk Pininfarina, bateri 7000mAh, harga RM2,999

Infinix Note 60 Ultra kini rasmi: Reka bentuk Pininfarina, bateri 7000mAh, harga RM2,999

13 March 2026
Apakah warna baju melayu Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja semasa umum Hari Raya kali ini?

Apakah warna baju melayu Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja semasa umum Hari Raya kali ini?

22 May 2020
Huawei Mate 80 Pro Malaysia: Kirin 9030 Pro, pengecasan 100W, harga RM3,999

Huawei Mate 80 Pro Malaysia: Kirin 9030 Pro, pengecasan 100W, harga RM3,999

12 March 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN