• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Data percuma 1GB diteruskan tahun 2021, sehingga Jaringan Prihatin dilaksana

  • OLEH Najib
  • 6:03 pm
  • 18/12/2020
  • Komen
Data percuma 1GB diteruskan tahun 2021, sehingga Jaringan Prihatin dilaksana
Share on FacebookShare on Twitter

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) hari ini mengumumkan beberapa inisiatif internet percuma, untuk kegunaan rakyat Malaysia yang berkelayakan bagi tahun 2021. Inisiatif ini akan memberi fokus kepada golongan B40 serta pelajar yang menduduk peperiksaan SPM dan STPM tahun hadapan.

Kerajaan melalui SKMM, bekerjasama dengan syarikat-syarikat telekomunikasi untuk menyediakan kemudahan dan inisiatif ini.



1. Wifi percuma di PPR

Enam syarikat telekomunikasi iaitu Celcom, Digi, Maxis, U Mobile, Telekom Malaysia (TM) dan TIME akan menawarkan capaian WiFi percuma di kawasan umum, di 130 Program Perumahan Rakyat (PPR) terpilih di seluruh negara, sehingga akhir bulan April 2021

2. Pusat Internet Komuniti dilanjutkan waktu operasi

Waktu operasi untuk semua Pusat Internet Komuniti (PIK) akan dilanjutkan iaitu dari pukul 9.00 pagi sehingga 9.00 malam setiap hari



3. Subsidi Jaringan Prihatin

Kerajaan dengan kerjasama pihak industri akan melaksanakan program subsidi Jaringan Prihatin untuk golongan B40, seperti yang diperuntukkan dalam Belanjawan 2021. Program ini dijangka bermula pada Mac 2021, akan memberikan kredit bernilai RM180 seorang (RM15/bulan selama 12 bulan) atau subsidi untuk menampung sebahagian kos membeli peranti pintar, kepada golongan B40.

4. Pakej Data Khas SPM/STPM 2021

Syarikat-syarikat telekomunikasi akan memperkenal Pakej Data Khas SPM/STPM 2021, sehingga tamat peperiksaan pada akhir April 2021. Pakej ini dijangka akan mula ditawarkan pada 6 Januari 2021. Maklumat lanjut akan disiarkan di laman web SKMM dan syarikat perkhidmatan telekomunikasi terlibat.

5. Data 1GB percuma diteruskan

Kemudahan data 1GB percuma yang dijadualkan tamat pada 31 Disember 2020, akan dilanjutkan ke tahun hadpaan. Data percuma ini akan ditamatkan apabila bermulanya program Subsidi Jaringan Prihatin, dijangka sekitar bulan Mac 2021.

Data percuma 1GB ini hanya boleh digunakan untuk aplikasi tertentu. Antara aplikasi yang tidak boleh menggunakannya adalah permainan video, strim muzik, strim video dan media sosia. Senarai penuh aplikasi yang tidak boleh menggunakan kuota data percuma ini boleh disemak di sini.

Nantikan pengumuman lanjut dari SKMM dan syarikat telekomunikasi tentang cara mendapatkan dan menggunakan inisiatif-inisiatif yang diumumkan hari ini.

[Sumber: SKMM]

Bacaan Berkaitan

Belanjawan 2021: RM1.5 billion untuk bekalkan data telco percuma
PENJANA: 1GB percuma setiap hari kini dilanjutkan penggunaan kepada 24 jam
PENJANA: 1GB percuma tidak boleh digunakan di game, media sosial, muzik dan video
Tags: SKMM
Najib

Najib

POPULAR

OPPO perkenal ColorOS 17: Lebih lancar, bawa keupayaan AI ke tahap baharu

OPPO perkenal ColorOS 17: Lebih lancar, bawa keupayaan AI ke tahap baharu

15 October 2026
Data percuma 1GB diteruskan tahun 2021, sehingga Jaringan Prihatin dilaksana

Data percuma 1GB diteruskan tahun 2021, sehingga Jaringan Prihatin dilaksana

18 December 2020
RedMagic tawar tablet gaming Astra 2 versi rasmi SIRIM di Malaysia dari RM3,399

RedMagic tawar tablet gaming Astra 2 versi rasmi SIRIM di Malaysia dari RM3,399

31 October 2026
CelcomDigi dan ZK Racing Team bekerjasama lahirkan generasi baharu pelumba Malaysia

CelcomDigi dan ZK Racing Team bekerjasama lahirkan generasi baharu pelumba Malaysia

29 October 2026
iPad Mini 2026 Malaysia: Skrin OLED 8.5″, cip A20 Pro & iPad pertama kalis air

iPad Mini 2026 Malaysia: Skrin OLED 8.5″, cip A20 Pro & iPad pertama kalis air

27 October 2026
Honor Pad X7b, tablet 4G mampu milik dengan skrin 2K & bateri 8,000mAh kini di Malaysia

Honor Pad X7b, tablet 4G mampu milik dengan skrin 2K & bateri 8,000mAh kini di Malaysia

30 October 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN