• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

PENJANA: 1GB percuma tidak boleh digunakan di game, media sosial, muzik dan video

  • OLEH Najib
  • 12:34 pm
  • 09/06/2020
  • Komen
PENJANA: 1GB percuma tidak boleh digunakan di game, media sosial, muzik dan video
Share on FacebookShare on Twitter

Perdana Menteri telah mengumumkan bahawa syarikat telekomunikasi akan terus memberikan 1GB data percuma setiap hari, dari 10 Jun hingga 31 Disember 2020. Tetapi data percuma ini dikatakan hanya untuk kegunaan pendidikan, berakitan produktiviti, serta laman web rasmi kerajaan.

Perkara ini kemudiannya diperjelaskan oleh syarikat telekomunikasi apabila mereka menyenaraikan aplikasi yang tidak boleh menggunakan data 1GB percuma harian ini. Celcom, Digi, Maxis, dan U Mobile dalam laman webnya meletakkan 40 aplikasi dalam 4 kategori ini, tidak akan menggunakan data percuma, sebaliknya akan memakan kuota pelanggan.



Senarai penuh aplikasi tersebut ialah:

Game



  1. Arena of Valor
  2. Call of Duty
  3. Free Fire
  4. King of Glory
  5. Legends of Runeterra
  6. LifeAfter
  7. Lords Mobile
  8. Mobile Legends
  9. PUBG Mobile
  10. Rise of Kingdoms

Muzik

  1. Apple Music
  2. JOOX
  3. Shazam
  4. Smule
  5. Sound Cloud
  6. Spotify
  7. SYOK
  8. QQ Music
  9. WeSing
  10. Youtube Music

Media Sosial

  1. Bigo
  2. Facebook
  3. Instagram
  4. Snapchat
  5. Telegram
  6. TikTok
  7. Tumblr
  8. Twitter
  9. WeChat
  10. YY

Video

  1. Bigo
  2. Dailymotion
  3. FB Live
  4. IGTV
  5. JOOX
  6. Netflix
  7. TikTok
  8. Viu
  9. YouTube
  10. YY

Antara yang penting perlu diketahui dari senarai ini ialah, sementara Facebook, Instagran, Twitter, Telegram dan WeChat disenaraikan, aplikasi permesejan popular WhatsApp tidak pula ada dalam senarai ini. Ia mungkin bermakna, WhatsApp akan boleh menggunakan data percuma dalam bentuk mesej, panggilan suara dan panggilan video.

Satu lagi yang perlu diambil perhatian ialah YouTube termasuk dalam senarai. Jadi pengguna perlu membeli data jika mahu menonton sebarang video di YouTube, termasuk video pendidikan yang dimuat naik oleh ramai guru-guru semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Berbeza dengan semasa PKP, 1GB percuma harian ini tidak lagi boleh digunakan untuk semua perkara. Jadi, anda masih perlu melanggan data untuk menggunakan internet. Cuma bebannya sudah sedikit kurang.

Sumber: Celcom, Digi, Maxis, U Mobile

Tags: 1GB percumacelcomdigimaxisPENJANAu mobile
Najib

Najib

POPULAR

OPPO perkenal ColorOS 17: Lebih lancar, bawa keupayaan AI ke tahap baharu

OPPO perkenal ColorOS 17: Lebih lancar, bawa keupayaan AI ke tahap baharu

15 October 2026
PENJANA: 1GB percuma tidak boleh digunakan di game, media sosial, muzik dan video

PENJANA: 1GB percuma tidak boleh digunakan di game, media sosial, muzik dan video

9 June 2020
CelcomDigi dan ZK Racing Team bekerjasama lahirkan generasi baharu pelumba Malaysia

CelcomDigi dan ZK Racing Team bekerjasama lahirkan generasi baharu pelumba Malaysia

29 October 2026
iPad Mini 2026 Malaysia: Skrin OLED 8.5″, cip A20 Pro & iPad pertama kalis air

iPad Mini 2026 Malaysia: Skrin OLED 8.5″, cip A20 Pro & iPad pertama kalis air

27 October 2026
Tak perlu bersesak di JPN, gantian MyKad boleh dibuat melalui aplikasi MyGov!

Tak perlu bersesak di JPN, gantian MyKad boleh dibuat melalui aplikasi MyGov!

20 October 2026
iPhone Duo kini rasmi di Malaysia, barisan di Apple Store TRX jauh lebih lengang

iPhone Duo kini rasmi di Malaysia, barisan di Apple Store TRX jauh lebih lengang

23 October 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN