• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Netflix membenarkan pilihan audio sahaja dimainkan di aplikasi Android

  • OLEH Najib
  • 12:45 pm
  • 18/12/2020
  • Komen
Fly By Night dan Azalea Wrath serta banyak lagi filem Malaysia kini boleh ditonton di Netflix
Share on FacebookShare on Twitter

Aplikasi Netflix di peranti mudahalih Android memiliki banyak fungsi, berbanding di Android TV. Antaranya ada pilihan melajukan atau memperlahankan tayangan, mengunci skrin, dan kawalan tahap kecerahan skrin. Terbaru, Netflix dilaporkan akan membawa satu fungsi baru di peranti Android, mod audio sahaja.

Fungsi ini bagaimanapun belum terdapat untuk semua pengguna, tetapi beberapa orang telah menerimanya. Jika telah ada, tetapan ‘Video Off‘ boleh dilihat di bahagian atas apabila video dimainkan sepenuh skrin. Apabila memilihnya, skrin akan menjadi gelap dengan bunyi sahaja kedengaran, tetapi kawalan lain masih ada seperti play, speed, lock, episodes serta kawalan tahap kecerahan.



  • Dimainkan biasa
  • Audio sahaja

Terdapat juga tetapan tambahan Audio Only di dalam Settings. Padanya, pengguna boleh memilih antara sentiasa hidup, dimainkan di fon kepala atau pembesar suara, atau dimatikan.

Sebenarnya sukar untuk membayangkan bagaimana mahu menonton filem atau drama bersiri tanpa melihat videonya. Tetapi ia mungkin sesuai untuk cerita yang lebih banyak bermain suara sahaja, seperti sitkom komedi, atau dokumentari.



Adakah anda merasakan fungsi audio sahaja ini sangat berguna di Netflix? Cerita apakah yang akan anda aktifkan fungsi ini? Jika anda masih belum menerima tetapan ini, pastikan aplikasi Netflix telah dikemaskini ke versi terkini. Atau nantikan untuk beberapa waktu, sebelum ia terdapat pada semua pengguna.

[Sumber: AndroidPolice]

Tags: Netflix
Najib

Najib

POPULAR

Fly By Night dan Azalea Wrath serta banyak lagi filem Malaysia kini boleh ditonton di Netflix

Netflix membenarkan pilihan audio sahaja dimainkan di aplikasi Android

18 December 2020
Beli iPhone 18 Pro mengikut gaya anda: Yes tawar lebih banyak pilihan dengan rebat & cashback

Beli iPhone 18 Pro mengikut gaya anda: Yes tawar lebih banyak pilihan dengan rebat & cashback

17 September 2026
Mati-mati ingat TNB salah kira, rupanya ini sebab bil naik melambung!

Mati-mati ingat TNB salah kira, rupanya ini sebab bil naik melambung!

18 September 2026
iPhone 18 Pro: Ini perbandingan pelan telco paling ‘ngam’

iPhone 18 Pro: Ini perbandingan pelan telco paling ‘ngam’

16 September 2026
MyKad generasi baharu diperkenal dengan 53 ciri keselamatan, ini apa yang berubah

MyKad generasi baharu diperkenal dengan 53 ciri keselamatan, ini apa yang berubah

16 September 2026
Siri Oppo A7 Pro diumum dengan bateri 10,000mAh, tempahan dibuka dengan rebat RM200

Oppo A7 Pro 5G & A7 Pro Max 5G tiba di Malaysia, harga dari RM1,699

19 September 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN