Jumlah hari semenjak PKP dilaksanakan

HARI

PKP bermula pada: 18 Mac, 2020

PKPP dijangka tamat dalam

HARI

PKPP dijangka ditamatkan pada 14 Apr, 2021

Ikuti liputan COVID‑19 kami di sini

Mi 11 berkuasa Snapdragon 888 akan dilancar sebelum tahun 2021

Sebelum mengakhiri tahun 2020, Xiaomi telah mengumumkan akan melancarkan satu lagi telefon pintar flagship, Mi 11. Ia dijangka akan menjadi telefon pintar pertama dilengkapi cip terbaru Qualcomm Snapdragon 888, dengan prestasi lebih tinggi dari cip Snapdragon 865 sebelum ini.

Xiaomi telah memuat naik poster pelancaran Mi 11 menerusi laman Weibo. Poster tersebut belum berkongsi sebarang maklumat penting, tetapi ada memberi petunjuk bahawa rekaan premium akan terdapat padanya. Majlis pelancaran ini akan diadakan pada 28 Disember 2020, bermula pukul 7.30 malam.

Beberapa minggu lepas, terdapat gambar terbocor Mi 11 yang telah tersebar, menandakan penghasilannya sedang giat dijalankan untuk pelancaran dalam masa terdekat. Dikhabarkan bahawa Mi 11 ini dilengkapi sensor Samsung ISOCELL 108MP, dikatakan sensor kamera yang sama digunakan di Galaxy S21 Ultra yang akan datang.

Sumber: NotebookCheck

Selain itu, Mi 11 juga akan dilengkapi bateri besar 5,000mAh yang menggunakan teknologi dwi-sel, serta menyokong pengecasan pantas 55W.

Maklumat lain yang terdapat dalam berita terbocor ini menunjukkan Mi 11 menggunakan panel paparan 6.67-inci dengan resolusi Quad HD+ 2560×1600. Manakala versi Pro memiliki skrin lebih besar 6.76-inci.

Sumber: NotebookCheck

Dapat dilihat juga paparan ini melengkung di sisi dan lebih menarik, tidak kelihatan takuk atau lubang padanya. Berkemungkinan, Xiaomi menggunakan teknologi kamera di bawah skrin untuk Mi 11. Membolehkan kamera hadapan tersembunyi apabila tidak digunakan.

Setakat ini, belum ada sesiapa yang memiliki maklumat dalaman tentang harga Mi 11. Tetapi melihatkan harga siri Mi 10 sebelum ini, boleh dijangkakan ia akan mengekalkan harga melebihi RM3,000. Jika anda mahukan kuasa Snapdragon 865 yang lebih murah, anda boleh mendapatkan Mi 10T bermula dari RM1,699.

[Sumber: Weibo]

Bacaan Berkaitan