• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Jenama Apple

Pengeluaran produk Apple akan terganggu akibat kilang yang melanggar hak asasi pekerja

  • OLEH Najib
  • 5:24 pm
  • 24/12/2020
  • Komen
Share on FacebookShare on Twitter

Apple kini menerajui jualan telefon pintar 5G menerusi model terbarunya, siri iPhone 12. Tetapi ia akan berhadapan masalah penyediaan stok apabila Apple kini meletakkan dua kilang pengeluarannya di bawah pemantauan sementara, akibat pelanggaran hak asasi pekerja.

1. Pegatron

Pada bulan November, Apple telah mengesahkan bahawa kilang pengeluaran Pegatron, telah ditemui melanggar undang-undang pekerja setempat. Sehubungan itu, Apple telah mengambil tindakan untuk meletakkan Pegatron di bawah pemantauan. Bermakna, selagi Pegatron tidak menyelesaikan isu pekerja tersebut, Apple tidak akan memberikan sebarang perniagaan baru kepada mereka.



Sumber: The Jakarta Post

Pegatron dikesan telah memalsukan surat dan dokumen, serta menyalahgunakan pekerja yang masih belajar dengan memberikan mereka bertugas pada waktu malam dan lebih masa, serta bertugas di luar bidang pelajaran mereka. Pegatron telah cuba sedaya-upaya menutup kesalahan yang dilakukan ini.

2. Wistron

Di India pula baru-baru ini, sebuah kilang pengeluaran iPhone milik Wistron, telah dirusuh oleh pekerja kerana tidak membayar gaji. Apple turut mengambil tindakan yang sama terhadap Wistron, meletakkan mereka dalam pemantauan sehinggalah masalah pekerja diselesaikan.



Sumber: Facebook

Wistron dilaporkan telah mengambil ribuan pekerja dalam tempoh 8 bulan, tetapi memiliki hanya 3 pekerja di bahagian sumber manusia untuk menguruskan lebih 10,000 pekerja. Wistron telah meminta maaf secara terbuka tentang hal ini dan menyatakan kesilapan akibat lambat bertindak apabila kilang berkembang dengan pesat.

Sehubungan itu, Wistron telah membuka talian khidmat pekerja 24-jam untuk mengambil aduan dan berjanji untuk meningkatkan lagi proses pengurusan dan pembayaran gaji pekerja. Wistron juga telah memecat naib presiden mereka di rantau tersebut.

Laporan dari Economic Times menyatakan bahawa Apple boleh diseret sama dalam masalah pekerja di Wistron. Kerajaan India boleh mengambil tindakan terhadap Apple dan Wistron jika didapati bersalah dalam hal ini.

Tahun lepas, Apple telah dituduh melanggar undang-undang pekerja di China apabila mengambil terlalu banyak pekerja sementara di kilang Foxconn yang terletak di Zhengzhou, China. Selain itu, Apple juga dituduh tidak menjaga kebajikan pekerja di kilang tersebut seperti terdedah kepada bahan toksik, penderaan dan kerja secara paksa.

[Sumber: iMore, DigiTimes]

Tags: applePegatron
Najib

Najib

POPULAR

Pengeluaran produk Apple akan terganggu akibat kilang yang melanggar hak asasi pekerja

24 December 2020
Nak layan final Piala Dunia FIFA 2026 beramai-ramai? Ini lokasi tayangan skrin besar percuma sekitar KL & Selangor

Nak layan final Piala Dunia FIFA 2026 beramai-ramai? Ini lokasi tayangan skrin besar percuma sekitar KL & Selangor

17 July 2026
Samsung Wallet kini sokong pembayaran QR Maybank MAE di Malaysia

Samsung Wallet kini sokong pembayaran QR Maybank MAE di Malaysia

25 July 2026
Harga rasmi Samsung Galaxy Z Fold 8 Ultra, Fold 8 & Z Flip 8 di Malaysia bocor dalam talian

Harga rasmi Samsung Galaxy Z Fold 8 Ultra, Fold 8 & Z Flip 8 di Malaysia bocor dalam talian

21 July 2026
Amazfit Balance 3 & Balance Ultra: Jam pintar untuk latihan HYROX, bateri sehingga 30 hari

Amazfit Balance 3 & Balance Ultra: Jam pintar untuk latihan HYROX, bateri sehingga 30 hari

13 July 2026
Samsung Galaxy Z Flip 8 rasmi: Rekaan lebih nipis, bateri 4,300mAh & FlexWindow lebih pintar

Samsung Galaxy Z Flip 8 rasmi: Rekaan lebih nipis, bateri 4,300mAh & FlexWindow lebih pintar

22 July 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN