• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Maklumat lengkap kamera Galaxy S21 dan Galaxy S21 Ultra terbocor

  • OLEH Najib
  • 1:32 pm
  • 05/01/2021
  • Komen
Video ini sahkan rupa Samsung Galaxy S21, S21+ dan S21 Ultra
Share on FacebookShare on Twitter

Pelancaran telefon flagship terbaru Samsung akan berlangsung pada 14 Januari 2021. Tetapi ia tidak menghalang maklumat dalaman untuk tersebar sebelum dirasmikan oleh Samsung.

Pembocor berita terkenal, Evan Blass telah berkongsi spesifikasi lengkap mengenai kamera yang akan digunakan di Galaxy S21 dan Galaxy S21 Ultra. Disebabkan Galaxy S21+ berkongsi kamera yang sama dengan Galaxy S21, ia boleh diketahui dari apa yang ada di Galaxy S21.



Selain jumlah kamera yang lebih banyak, Galaxy S21 Ultra turut menggunakan kamera yang berbeza dari Galaxy S21. Untuk kamera utama, Galaxy S21 Ultra dilengkapi sensor 108MP F1.8. Dikhabarkan ia adalah sensor generasi baru, berbeza dengan apa yang ada di Galaxy S20 Ultra.

Kamera ultra lebar pula 12MP F2.2, ditemani dua kamera telefoto 10MP. Salah satu darinya ialah periskop dengan apertur F4.9. Kamera belakang ini turut memiliki autofokus lazer dan LED Flash. Kamera hadapannya 40MP F2.2, terletak di dalam lubang kecil di dahi skrin.



Bagi Galaxy S21 dan Galaxy S21+, kamera utamanya hanyalah 64MP F2.0 dan menggunakan sensor 12MP F2.2 untuk kamera ultra lebar, serta sensor 12MP F1.8 untuk kamera telefoto bukan periskop. Kamera hadapannya cuma 10MP F2.2, juga di dalam lubang kecil di dahi skrin.

Hanya senarai sensor kamera dikongsi oleh Evan, tiada maklumat mengenai keupayaan sebenar kamera. Dijangka Samsung akan mengekalkan keupayaan rakaman video 8K pada semua siri Galaxy S21 kelak dan menambah beberapa fungsi baru untuk kamera di model baru ini.

Maklumat rasmi pasti akan diketahui semasa pelancarannya pada 14 Januari 2021. Kita nantikan pengumuman dari Samsung tidak lama lagi.

[Sumber: @evleaks]

Tags: samsungSamsung Galaxy S21
Najib

Najib

POPULAR

Video ini sahkan rupa Samsung Galaxy S21, S21+ dan S21 Ultra

Maklumat lengkap kamera Galaxy S21 dan Galaxy S21 Ultra terbocor

5 January 2021
PDRM uji Nissan Kicks e-Power selama 2 bulan untuk operasi barisan hadapan

PDRM uji Nissan Kicks e-Power selama 2 bulan untuk operasi barisan hadapan

7 August 2026
Redmi A7 Malaysia: Telefon bajet bawah RM500 dengan skrin 120Hz & bateri 5,200mAh

Redmi A7 Malaysia: Telefon bajet bawah RM500 dengan skrin 120Hz & bateri 5,200mAh

7 August 2026
Omoda C7 PHEV dibuka untuk tempahan di Malaysia, harga anggaran RM180,000

Omoda C7 PHEV dibuka untuk tempahan di Malaysia, harga anggaran RM180,000

10 August 2026
Tiket F1 Bahrain GP 2026 di Malaysia rasmi mula dijual, harga dari RM200 untuk rakyat Malaysia

Tiket F1 Bahrain GP 2026 di Malaysia rasmi mula dijual, harga dari RM200 untuk rakyat Malaysia

13 August 2026
Tren ECRL EMU Kota Bharu ke Stesen Terminal Bersepadu Gombak, berapa jam perjalanan?

Tren ECRL EMU Kota Bharu ke Stesen Terminal Bersepadu Gombak, berapa jam perjalanan?

14 August 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN