• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

JOI Book SK3000, laptop 4G LTE berkuasa Snapdragon 850 dilancar di Malaysia

  • OLEH Najib
  • 1:14 pm
  • 08/01/2021
  • Komen
JOI Book SK3000, laptop 4G LTE berkuasa Snapdragon 850 dilancar di Malaysia
Share on FacebookShare on Twitter

Pengeluar peranti tempatan, SNS Network baru-baru ini telah melancarkan laptop yang dikuasakan cip keluaran Qualcomm, JOI Book SK3000. Berbeza dari laptop yang biasanya menggunakan cip Intel atau AMD, JOI Book SK3000 menggunakan cip Snapdragon 850 dan memiliki slot kad sim untuk sambungan internet mudahalih.

Sebagai promosi pengenalan, SNS menyediakan hadiah percuma untuk 200 pembeli terawal JOI Book SK3000. Hadiah percuma tersebut berupa langganan 1 tahun Microsoft 365 Personal, beg dan sekotak topeng muka 3-lapis (50 keping).



Laptop JOI Book SK3000 dijual di Malaysia pada harga RM2,199. Ia boleh dibeli di Stor JOI di Lazada dan Shopee, laman web GLOO, serta pengedar sah SNS Network di seluruh Malaysia, mulai 6 Januari 2021.

Spesifikasi

Cip Snapdragon 850 sebenarnya diperkenalkan pada tahun 2018, bersama cip Snapdragon 845 yang dihasilkan untuk telefon pintar. Ia direka dari proses 10nm, memiliki 8-teras dengan teras paling berkuasa Kryo-385 dengan kelajuan sehingga 2.96GHz. Grafik pula diuruskan oleh cip Adreno 630.



RAM pula dari jenis LPDDR4x sebanyak 4GB dan tidak boleh ditambah. Storan pula menggunakan UFS 2.1 seluas 128GB dan ia boleh ditambah melalui slot kad mikroSD. Laptop ini menerima kad SIM nano untuk sambungan 4G LTE.

Paparan pula dari jenis IPS berukuran 12.5-inci, dengan resolusi HD Penuh. Untuk sambungan berwayar, ia hanya ada satu port USB-C dan satu jek audio 3.5mm. Sambungan wayarles pula boleh berhubung melalui WiFi dan Bluetooth 5.0.

Tenaga laptop ini disalurkan dari bateri berkapasiti 4,500mAh, dikatakan memberi hayat sehingga 10 jam penggunaan. Ia boleh dicas melalui sambungan USB-C, tetapi ini juga bermakna tiada sambungan berwayar boleh digunakan apabila mengecas, melainkan dengan menggunakan Hub.

Laptop JOI Book SK3000 didatang bersama sistem operasi Windows 10 Pro, memberikan lebih banyak kawalan terutama di bahagian rangkaian dan keselamatan.

Jika anda mahukan laptop yang menggunakan cip laptop Qualcomm yang lebih baru, anda boleh jenguk Microsoft Surface Pro X, dikuasakan cip Microsoft SQ2. Tetapi harganya jauh lebih mahal, bermula dari RM6,999.

Bacaan Berkaitan

Microsoft Surface Pro X dengan cip baru SQ2 mula dijual di Malaysia
Snapdragon 850 Siap Sedia Perkasakan Laptop Windows
Tags: JOI Book SK3000SNS Network
Najib

Najib

POPULAR

Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

21 June 2025
JOI Book SK3000, laptop 4G LTE berkuasa Snapdragon 850 dilancar di Malaysia

JOI Book SK3000, laptop 4G LTE berkuasa Snapdragon 850 dilancar di Malaysia

8 January 2021
Honor X6c tiba di Malaysia, telefon murah tahan lasak dengan butang AI boleh suai

Honor X6c tiba di Malaysia, telefon murah tahan lasak dengan butang AI boleh suai

13 June 2025
Garmin Forerunner 570 & 970 kini di Malaysia, jam kecergasan AMOLED dengan fungsi ECG

Garmin Forerunner 570 & 970 kini di Malaysia, jam kecergasan AMOLED dengan fungsi ECG

19 June 2025
Redmi Pad 2 dilancar, tablet murah dengan skrin 11″ 90Hz & bateri besar 9,000mAh

Redmi Pad 2 dilancar, tablet murah dengan skrin 11″ 90Hz & bateri besar 9,000mAh

20 June 2025
Realme C71 akan dilancar pada 12 Jun, hadir dengan bateri 6,300mAh & kamera 50MP

Realme C71 rasmi di Malaysia, telefon bawah RM500 dengan bateri besar 6,300mAh

12 June 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER