Menerusi Facebook rasminya, Sony Malaysia memaklumkan bahawa tempahan kumpulan kedua untuk konsol permainan terbaru mereka, Sony Playstation 5 (PS5) akan dibuka hari ini, 8 Januari 2021. Bagaimanapun, tempahan ini hanya boleh dilakukan di Sony Store sahaja.
Stok tempahan kali ini dikatakan terhad. Siapa yang cepat akan dapat membelinya. Orang ramai yang berminat untuk mendapatkan PS5 ini, boleh mengunjungi cawangan tersebut:
Sony Store KLCC: 10:00 AM -10:00 PM
Sony Store The Curve: 10:00 AM – 10:00 PM
Sony turut memaklumkan, jualan aksesori dan perkakas PS5 turut ada tetapi ia dijual secara unit terhad kepada semua pembeli. Jika anda masih belum tahu, harga jualan PS5 dan aksesorinya adalah seperti berikut:
Sony PS5 Digital Edition – RM1,869
Sony PS5 UHD Blu-Ray – RM2,299
DualSense Wireless Controller – RM349
PULSE 3D wireless headset – RM469
HD Camera – RM279
DualSense Charging Station – RM149
Media Remote – RM149
Sony juga mengingatkan orang ramai untuk mematuhi arahan pihak berkuasa, terutama sekali menjaga jarak fizikal.