• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Perdana Menteri akan buat pengumuman hari Isnin, untuk ketatkan PKPB?

  • OLEH Najib
  • 12:18 pm
  • 09/01/2021
  • Komen
Share on FacebookShare on Twitter

Dalam pengumuman keselamatan oleh Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, beliau menyatakan kerajaan kini sedang memperahalusi tindakan untuk menangani peningkatan mendadak kes COVID-19 di Malaysia. Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dijangka akan membuat kenyataan berkenaan perkara tersebut pada hari Isnin, 11 Januari 2021.

Perdana Menteri dijangka buat pengumuman Isnin depan.

— Mohd Redzuan Abdul Manap (@redzuanNewsMPB) January 8, 2021

Menurut Ismail Sabri, kerajaan mungkin akan melaksanakan SOP lebih ketat, terutamanya melibatkan sektor sosial bagi mengurangkan pergerakan, sekaligus mengurangkan risiko jangkitan COVID-19.



Buat masa ini, kerajaan Malaysia telah melanjutkan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) sehingga 31 Mac 2021 di seluruh Malaysia. Terdapat beberapa negeri seperti di Kuala Lumpur, Selangor dan Sabah, ditempatkan di dalam Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) sehingga 14 Januari 2021.

Malaysia telah mencatat kes baru tertinggi pada hari Khamis, dengan 3,027 kes dicatatkan dalam satu hari. Ini menjadikan jumlah kes COVID-19 di Malaysia sebanyak 128,465 kes. Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham baru-baru ini berkongsi tentang kadar jangkitan R0 di Malaysia sekarang, sekitar 1.1 ke 1.2. Jika ia berterusan, kes baru harian boleh mencecah sehingga 8,000 pada minggu ketiga Mac 2021.



Melihatkan kes baru yang masih belum menunjukkan tanda penurunan, kerajaan mungkin akan mengenakan semula sekatan rentas daerah dan negeri. Sekatan ini dikenakan semasa PKPB berkuatkuasa di Lembah Klang pada 14 Oktober 2020. Tetapi sekatan ini ditarik balik pada 7 Disember 2020, walaupun PKPB masih diteruskan.

[Sumber: @redzuanNewsMPB]

Bacaan Berkaitan

COVID pecah rekod di Malaysia dengan kes baru lebih 3,000
COVID-19: PKPB di seluruh Selangor, Kuala Lumpur, dan Putrajaya bermula 14 Oktober 2020
PKPB dilanjutkan ke 20 Disember, tetapi tiada lagi sekatan rentas daerah/negeri & had 3 penumpang
Tags: COVID-19muhyiddin yassinPKPB
Najib

Najib

POPULAR

AEON Bank Tawarkan Pembiayaan Peribadi-i Untuk Bantu Ringankan Kekangan Bajet

AEON Bank Tawarkan Pembiayaan Peribadi-i Untuk Bantu Ringankan Kekangan Bajet

25 December 2025

Perdana Menteri akan buat pengumuman hari Isnin, untuk ketatkan PKPB?

9 January 2021
Xiaomi Mijia Air Conditioner Eco kini di Malaysia, boleh dapat serendah RM1,000

Xiaomi Mijia Air Conditioner Eco kini di Malaysia, boleh dapat serendah RM1,000

30 March 2026
Vivo V70 FE bakal tiba di Malaysia dengan kamera utama 200MP OIS

Vivo V70 FE bakal tiba di Malaysia dengan kamera utama 200MP OIS

31 March 2026
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
Samsung Galaxy A57 5G dan A37 5G: Tempahan dibuka di Malaysia, harga bermula RM1,799

Samsung Galaxy A57 5G dan A37 5G: Tempahan dibuka di Malaysia, harga bermula RM1,799

30 March 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN