• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Ini cara halal untuk dapatkan booster LTE menurut MCMC

  • OLEH Hanif Azrai
  • 7:26 pm
  • 12/01/2021
  • Komen
Ini cara halal untuk dapatkan booster LTE menurut MCMC
Share on FacebookShare on Twitter

Suruhanjaya Komunikasi dan Mulitmedia (SKMM) telah melaporkan bahawa terdapat peningkatan mendadak aduan berkaitan interferens isyarat komunikasi kesan penggunaan produk booster yang tidak sah. Mereka turut mengingatkan orang ramai supaya tida gunakan peralatan booster haram atau mereka boleh berdepan dengan denda sehingga RM500 ribu dan/atau penjara sehingga 5 tahun.

SKMM ingatkan yang denda RM500 ribu dan penjara 5 tahun menanti pengguna booster LTE haram

Kami telah menghubungi pihak MCMC untuk meminta penjelasan berkenaan booster LTE ini dan ini jawapan mereka.



Booster yang dijual tanpa pelekat MCMC adalah haram

Menurut SKMM, apa-apa kelegkapan memperkuat isyarat radio tanpa perakuan MCMC adalah salah di bawah Seksyen 239 Akta Komunikasi 1998. Sungguhpun begitu, peralatan yang ada perakuan MCMC pula, walaupun sah digunakan, perlulah mendapat perakuan pihak telco pula daripada segi Apparatus Assignment (AA) ataupun Spectrum Assignment (SA).

Sekiranya anda ingin dapatkan penguat isyarat, SKMM menyarankan anda untuk berhubung dengan telco masing-masing untuk mengelakkan penipuan.



Macam mana nak dapatkan booster yang halal?

Pengguna perlu memfailkan aduan kepada telco masing-masing tentang kualiti perkhidmatan yang rendah. Hal ini kerana, bukan semua isu kelajuan Internet mudah alih boleh diselesaikan menggunakan booster. Telco pula perlu menilai setiap aduan dan menyelesaiaknnya secepat mungkin.

SKMM juga menambah yang tiada paras siling harga diletakkan untuk produk booster. Malahan, ada telco yang menyediakannya secara percuma buat pengguna yang layak.

Apa jadi kalau telco tidak mahu menawarkan penyelesaian booster kepada anda?

Telco perlulah memperjelas kepada pelanggan mereka kenapa booster bukanlah penyelesaian kepada masalah pengguna. Pengguna pula boleh memfailkan aduan kepada SKMM melalui portal dalam talian. Pihak SKMM akan menyiasat dan menyelesaikan masalah pengguna bersama-sama telco.

Bagaimana pula dengan antena luar yang tidak menggunakan booster?

SKMM sedia maklum tentang ada modem yang boleh disambungkan antena tambahan untuk mempertingkat penerimaa isyarat. Perkara tersebut tidak salah asalkan antenna tersebut diperakui SKMM bersama-sama modem tersebut.

Antena yang tidak diperkakukan boleh menyebabkan interferens kepada stesen pemancar yang berhampiran.

SKMM akan keluarkan notis untuk matikan booster

Pihak SKMM dalam usaha untuk membanteras penjualan peralatan booster haram. Sekiranya penjual tidak berpengkalan di Malaysia, SKMM akan berhubung dengan penyedia platform jualan untuk menurunkan iklan jualan di platform berkenaan.

Untuk pengguna booster haram pula, mereka akan menerima notis penutupan dalam masa 7 hari dan mereka perlu kemukakan bukti pembelian kepada SKMM untuk bantu pihaknya menjejak penjual peralatan haram.

[Sumber: Gambar Pemuka]

Tags: 4g lteboostermodemSKMM
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

Ini cara halal untuk dapatkan booster LTE menurut MCMC

Ini cara halal untuk dapatkan booster LTE menurut MCMC

12 January 2021
Nak layan final Piala Dunia FIFA 2026 beramai-ramai? Ini lokasi tayangan skrin besar percuma sekitar KL & Selangor

Nak layan final Piala Dunia FIFA 2026 beramai-ramai? Ini lokasi tayangan skrin besar percuma sekitar KL & Selangor

17 July 2026
Harga rasmi Samsung Galaxy Z Fold 8 Ultra, Fold 8 & Z Flip 8 di Malaysia bocor dalam talian

Harga rasmi Samsung Galaxy Z Fold 8 Ultra, Fold 8 & Z Flip 8 di Malaysia bocor dalam talian

21 July 2026
Samsung Wallet kini sokong pembayaran QR Maybank MAE di Malaysia

Samsung Wallet kini sokong pembayaran QR Maybank MAE di Malaysia

25 July 2026
Amazfit Balance 3 & Balance Ultra: Jam pintar untuk latihan HYROX, bateri sehingga 30 hari

Amazfit Balance 3 & Balance Ultra: Jam pintar untuk latihan HYROX, bateri sehingga 30 hari

13 July 2026
Samsung Galaxy Z Flip 8 rasmi: Rekaan lebih nipis, bateri 4,300mAh & FlexWindow lebih pintar

Samsung Galaxy Z Flip 8 rasmi: Rekaan lebih nipis, bateri 4,300mAh & FlexWindow lebih pintar

22 July 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN