Jumlah hari semenjak PKP dilaksanakan

HARI

PKP bermula pada: 18 Mac, 2020

PKPP dijangka tamat dalam

HARI

PKPP dijangka ditamatkan pada 31 Mac, 2021

Ikuti liputan COVID‑19 kami di sini

WD perkenal storan SSD mudahalih paling besar, 4TB

Western Digital (WD), pengeluar penyelesaian storan terkemuka dunia kini mengumumkan produk baru mereka, storan SSD mudahalih dengan kapasiti 4TB. Ini merupakan peningkatan sekali ganda pada tawaran mereka, di mana sebelum ini storan SSD mudahalih paling besar ialah 2TB.

Terdapat 4 model storan SSD mudahalih keluaran WD yang diperkenalkan dengan kapasiti 4TB ini iaitu:

  • SanDisk Extreme Pro Portable SSD
  • SanDisk Extreme Portable SSD
  • WD Black P50 Game Drive SSD
  • WD My Passport SSD

Setiap satu storan mudahalih ini memiliki ciri-ciri unik tersendiri bagi memberi pilihan kepada keperluan yang dinamik masa kini. Tidak kiralah untuk pencipta kandungan menyimpan gambar dan video, atau pengguna yang mahukan produk yang diyakini tahan lasak untuk dibawa ke mana jua pelusuk dunia.

Semua storan mudahalih SSD dari WD ini disertakan jaminan selama 5-tahun.

SanDisk Extreme Pro Portable SSD

Ini adalah storan SSD mudahlalih paling tahan lasak dan pantas dari WD. Selain dilindungi bekas aluminium dan silikon untuk ketahanan dari hentakan dan jatuh, ia juga kalis air dan debu IP55.

Storan ini juga sangat pantas, memiliki kelajuan menulis dan membaca sehingga 2000Mb/s. Kelajuan ini dipadankan dengan antaramuka sambungan USB 3.2 Gen 2×2, berkapasiti 20Gb/s. Perlindungan perisian menggunakan kata kunci dan penyulitan perkakas AES 256-bit menambah tahap keselamatan data di dalamnya.

SanDisk Extreme Pro Portable SSD telah dijual di Malaysia sejak penghujung tahun lepas, dengan kapasiti sehingga 2TB berharga RM2,599. Ketibaan kapasiti 4TB ini ke Malaysia masih belum diketahui, tetapi ia akan dijual di Amerika Syarikat pada harga USD749.99 (~RM3,046).

SanDisk Extreme Portable SSD

Ketiaaan label Pro padanya menandakan ia ada sedikit kekurangan. Ia masih memiliki badan yang tahan lasak, diperbuat dari silikon dan tahan jatuh setinggi 2 meter tetapi tiada lapisan aluminium di dalamnya. Bagaimanapun ia masih kalis air dan debu IP55. Penyulitan perkakas AES 256-bit turut terbina di dalam.

BACA  Produk teknologi meningkat jualan hampir 5 kali ganda ketika PKP 2.0

Untuk kelajuan pula, storan ini mampu membaca sepantas 1,050Mb/s dan menulis sehingga 1,000Mb/s. Sekitar separuh kelajuan versi Pro, tetapi masih jauh lebih pantas dari kebanyakan storan SSD lain.

SanDisk Extreme Portable SSD juga telah dijual di Malaysia sejak penghujung tahun lepas, dengan kapasiti sehingga 2TB berharga RM1,999. Ketibaan kapasiti 4TB ini ke Malaysia masih belum diketahui, tetapi ia akan dijual di Amerika Syarikat pada harga USD699.99 (~RM2,842).

WD Black P50 Game Drive SSD

Direka khas untuk dipadankan dengan konsol permainan Sony Playstation 4 dan Microsoft Xbox One, WD Black P50 memiliki kelajuan tinggi, dengan kebolehan membaca sehingga 2,000MB/s. Ini memastikan masa menunggu games lebih pendek dan masa bermain lebih panjang.

Storan WD Black P50 telah dijual di Malaysia dengan kapasiti sehingga 2TB berharga RM2,399. Bagi kapasiti 4TB, ia akan dijual di Amerika Syarikat pada harga USD749.99 (~RM3,046).

WD My Passport SSD

Ini adalah salah satu storan mudahalih paling popular, kini dengan kapasiti 4TB. Walaupun berbadan kecil, ia masih tahan hentakan dan jatuh sehingga 2 meter. Lebih menarik, terdapat pelbagai pilihan warna termasuk kelabu, biru, merah, emas dan perak.

Kelajuan membacanya sehingga 1,050Mb/s manakala kelajuan menulis sehingga 1,000Mb/s. Di Malaysia, kapasiti terbesar 2TB dijual pada harga RM1,899. Manakala kapasiti baru 4TB ini, tanda harganya di Amerika Syarikat ialah USD679.99 (~RM2,757).