• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Redmi K40 berkuasa Snapdragon 888 akan dilancar pada Februari dengan harga di bawah RM2,000

  • OLEH Najib
  • 4:53 pm
  • 13/01/2021
  • Komen
Redmi K40 berkuasa Snapdragon 888 akan dilancar pada Februari dengan harga di bawah RM2,000
Share on FacebookShare on Twitter

Walaupun siri Redmi K tidak pernah dijual di Malaysia, ia sering menjadi perhatian kerana akan diperkenal sebagai siri Mi xT di luar China. Siri Redmi K atau Mi xT, dilengkapi cip flagship Qualcomm Snapdragon 8xx dan dijual dengan harga sangat murah, di bawah RM2,000.

Xiaomi kini sedang bersiap sedia untuk melancarkan model terbaru, Redmi K40 di China pada bulan Februari hadapan. Kali ini, ia akan dilengkapi cip flagship terbaru, Snapdragon 888.



Dalam poster pelancarannnya yang dimuat naik di weibo, Xiaomi turut menyatakan harga jualan telefon pintar ini di China. Ia akan dijual pada harga CNY 1,999 atau sekitar RM1,872 apabila ditukar secara terus ke Ringgit. Untuk perbandingan, Mi 11 yang baru dilancarkan di China, dijual pada harga CNY 3,999 (~RM2,496) untuk varian terendah iaitu RAM 8GB dan storan 128GB.

Staus weibo tersebut turut menyatakan bahawa peranti ini akan datang dengan skrin rata paling premium, bersama bateri berkapasiti melebihi 4,000mAh. Pastinya Xiaomi akan berkongsi sedikit demi sedikit, maklumat berkenaan Redmi K40 menjelang pelancarannya kelak.



Jika Redmi K40 diperkenal di pasaran luar China, ia mungkin akan dijenamakan sebagai Mi 11T. Tetapi pada siri Redmi K30 yang lepas, ia telah dilancarkan sebagai Poco F2 Pro di pentas antarabangsa. Sebelum itu, Redmi K20 diperkenal sebagai Mi 9T. Yang mana agaknya dipilih Xiaomi nanti.

[Sumber: Weibo]

Tags: xiaomiXiaomi Redmi K40
Najib

Najib

POPULAR

Redmi K40 berkuasa Snapdragon 888 akan dilancar pada Februari dengan harga di bawah RM2,000

Redmi K40 berkuasa Snapdragon 888 akan dilancar pada Februari dengan harga di bawah RM2,000

13 January 2021
Xiaomi Pad 7S Pro dilancar, tablet pertama guna cip XRing O1 buatan Xiaomi

Xiaomi Pad 7S Pro dilancar, tablet pertama guna cip XRing O1 buatan Xiaomi

7 July 2025
AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

28 May 2025
iQoo Z10 tiba di Malaysia, telefon gaming bajet dengan bateri besar 7,300mAh

iQoo Z10 tiba di Malaysia, telefon gaming bajet dengan bateri besar 7,300mAh

3 July 2025
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

21 June 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER