Jumlah hari semenjak PKP dilaksanakan

HARI

PKP bermula pada: 18 Mac, 2020

PKPP dijangka tamat dalam

HARI

PKPP dijangka ditamatkan pada 31 Mac, 2021

Ikuti liputan COVID‑19 kami di sini

Menangi iPhone 12 dan nikmati 88GB data hotspot percuma di Celcom Xpax sempena Tahun Baru Cina

Sempena Tahun Baru Cina yang bakal tiba, Celcom mahu meraikannya bersama pelanggan prabayar Xpax dengan memberikan 88GB data hotspot percuma. Tawaran ini berjalan dari 15 Januari sehingga 15 Mac 2021.

Data hotspot percuma sebanyak 88GB ini ditawarkan kepada pelanggan yang pertama kali melanggan pas Internet Tanpa Had RM12 Mingguan atau Tanpa Had RM35 Bulanan, melalui aplikasi Celcom Life. Bagaimanapun, data hotspot percuma ini hanya sah selama 3-hari.

Pelanggan pas Internet Tanpa Had sedia ada, tidak ditinggalkan begitu sahaja. Mereka akan menikmati kuota internet berkelajuan tinggi 88GB percuma, yang sah digunakan selama 3 hari. Ia boleh didapati di dalam bahagian just4ME di aplikasi Celcom Life.

Satu lagi tawaran menarik untuk pelanggan pas Internet Tanpa Had, mereka boleh menikmati kuota Hotspot sebanyak 88GB, dengan hanya membayar RM8.80. Kuota ini sah digunakan selama 8 hari.

Selain itu, kesemua pelanggan prabayar Celcom Xpax berpeluang memenangi hadiah, dengan melengkapkan pelbagai ‘misi’ di dalam aplikasi Celcom Life. Antaranya misi log masuk kali pertama, atau log masuk harian 15 kali. Hadiah yang disediakan antaranya ialah internet percuma, kredit percuma, dan tempoh sah percuma. Pelanggan juga akan mendapat satu penyertaan bagi memenangi hadiah utama iPhone 12 Pro apabila mereka telah menyelesaikan 6 misi.

Untuk pelanggan pascabayar Celcom XP Lite dengan pas M atau L, kini menerima naiktaraf untuk menikmati Facebook, Instagram, WhatsApp dan WeChat tanpa had secara percuma. Ini adalah tambahan kepada data YouTube tanpa had percuma sedia ada.

Bagi pelanggan pascabayar Celcom Mega dengan Family Lines, boleh mendapatkan 2 telefon pintar ‘Mix and Match’ dari RM188/bulan. Terdapat 14 model telefon pintar disediakan, seperti Realme 7, Huawei Nova 7 SE, Oppo Reno 5 dan Samsung Galaxy A52.

BACA  15,700 rakyat Malaysia kehilangan pekerjaan pada suku akhir 2020

Bagi mendapatkan maklumat lanjut berkenaan tawaran terkini daripada Celcom, layari laman sesawang www.celcom.com.my dan juga laman Facebook dan Twitter Celcom.