• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Pendaftaran vaksin Covid-19 akan dibuka, suntikan dilaksana dalam 3 fasa

  • OLEH Fatin Amanina
  • 4:56 pm
  • 15/01/2021
  • Komen
Pendaftaran vaksin Covid-19 akan dibuka, suntikan dilaksana dalam 3 fasa
Share on FacebookShare on Twitter

Dalam satu perutusan khas mengenai pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) beberapa hari lalu, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata Malaysia dijangka akan menerima vaksin Pfizer pada hujung Februari ini. Ia membabitkan 12,799,800 dos vaksin iaitu kepada 20 peratus populasi penduduk Malaysia dengan dua dos seorang.

Pendaftaran terima vaksin akan dibuka

Dalam satu program bual bicara di RTM 1, Datuk Seri Dr Adham Baba, Menteri Kesihatan berkata, pendaftaran untuk orang ramai menerima vaksin Covid-19 akan dibuka tidak lama lagi dan ia akan dilaksanakan dalam tiga fasa.



  • Fasa 1 : Suntikan vaksin akan diberikan kepada petugas barisan hadapan
  • Fasa 2 : Suntikan kepada kumpulan berisiko tinggi atau berpenyakit kronik serta warga emas berumur 60 tahun ke atas
  • Fasa 3 : Suntikan kepada orang awam berusia 18 tahun dan ke atas

Setiap individu yang layak, wajib mengambil 2 dos vaksin bagi memastikan perlindungan penuh daripada jangkitan virus itu. Selepas suntikan pertama di terima, individu tersebut akan menerima kad bagi memastikan mereka mendapat dos kedua mengikut tarikh yang ditetapkan, biasanya dalam julat 21 hari.

Matlamat imunisasi Covid-19

Tabahan lagi, terdapat beberapa matlamat utama imunisasi Covid-19 kepada rakyat Malaysia, antaranya ialah:



  1. Melindungi barisan hadapan
  2. Mengurangkan kematian
  3. Membentuk imuniti berkelompok
  4. Memutuskan rantaian jangkitan.

Walaupun begitu, tidak dinyatakan lagi tarikh pendaftaran tersebut dan tarikh tepat ketibaan vaksin Pfizer di Malaysia. Namun, kedatangan vaksin itu di Malaysia pasti dapat mengubah kehidupan rakyat di negara ini.

Sehingga 14 Januari 2021 sahaja, kes positif Covid-19 yang baharu ialah berjumlah 3,337. Ia menjadikan jumlah keseluruhan kes sebanyak 147,855.

[Sumber: Bernama, Metro]

Tags: COVID-19
Fatin Amanina

Fatin Amanina

POPULAR

Pendaftaran vaksin Covid-19 akan dibuka, suntikan dilaksana dalam 3 fasa

Pendaftaran vaksin Covid-19 akan dibuka, suntikan dilaksana dalam 3 fasa

15 January 2021
Beli iPhone 18 Pro mengikut gaya anda: Yes tawar lebih banyak pilihan dengan rebat & cashback

Beli iPhone 18 Pro mengikut gaya anda: Yes tawar lebih banyak pilihan dengan rebat & cashback

17 September 2026
Mati-mati ingat TNB salah kira, rupanya ini sebab bil naik melambung!

Mati-mati ingat TNB salah kira, rupanya ini sebab bil naik melambung!

18 September 2026
iPhone 18 Pro: Ini perbandingan pelan telco paling ‘ngam’

iPhone 18 Pro: Ini perbandingan pelan telco paling ‘ngam’

16 September 2026
Siri Oppo A7 Pro diumum dengan bateri 10,000mAh, tempahan dibuka dengan rebat RM200

Oppo A7 Pro 5G & A7 Pro Max 5G tiba di Malaysia, harga dari RM1,699

19 September 2026
Siri Vivo X500 rasmi diumumkan, berkuasa Dimensity 9600 Pro, skrin 144Hz, telefoto ZEISS 200MP

Siri Vivo X500 rasmi diumumkan, berkuasa Dimensity 9600 Pro, skrin 144Hz, telefoto ZEISS 200MP

21 September 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN