Jumlah hari semenjak PKP dilaksanakan

HARI

PKP bermula pada: 18 Mac, 2020

PKPP dijangka tamat dalam

HARI

PKPP dijangka ditamatkan pada 31 Mac, 2021

Ikuti liputan COVID‑19 kami di sini

KEMASKINI: [BATAL] Jualan cuci gudang Mac City, MacBook Pro terpakai dari RM999

KEMASKINI 20/01/2021: Jualan cuci gudang Mac City yang dijadualkan dari 20 Januari sehingga 28 Februari di cawangan 1 Utama, dibatalkan atas faktor keselamatan. Tarikh baru akan diumum kelak. Mac City


Salah satu cara untuk membeli peranti dengan murah, adalah dengan membeli peranti yang terpakai. Prestasi masih sama, tetapi kualitinya tidak berapa diketahui. Lebih susah jika jaminan pengeluar telah tamat.

Tetapi anda boleh merasa sedikit lega jika mendapatkan peranti terpakai dari kedai yang diyakini. Mac City, salah satu pengedar sah rasmi Apple di Malaysia, akan mengadakan jualan cuci gudang di mana produk terpakai mereka akan dijual pada harga lebih murah.

Kenapa murah?

Maksud produk terpakai di sini adalah produk demo yang dijadikan pameran di dalam kedai, dan produk yang dibaikpulih selepas kerosakan. Untuk produk Apple, ada masanya mereka menggantikan produk rosak yang masih dalam jaminan, kepada produk baru. Produk yang rosak ini pula, akan dibaiki menepati standard Apple untuk dijadikan produk penggantian di masa akan datang, atau dalam hal ini, dijual.

Bagaimanapun, Mac City menerangkan, tiada jaminan diberikan kepada semua produk dalam jualan ini. Tetapi mereka telah membaiki dan menguji semua produk yang mahu dijual ini, untuk memastikan ia menepati kualiti standard seperti produk baru.

Jadi, anda boleh lebih yakin sedikit terhadap produk yang dijual di dalam jualan cuci gudang ini. Pastikan anda semak betul-betul kerana tiada jaminan diberikan.

Bila dan di mana?

Jualan cuci gudang Mac City ini akan diadakan di cawangan mereka di pusat beli-belah 1 Utama, bertempat di Lot S309-S310, tingkat 2. Jualan akan dibuka kepada orang ramai dari 1-28 Februari 2021.

BACA  Pengeluaran iPhone 12 mini akan dihentikan akibat jualan di bawah jangkaan

Tetapi jika anda pemegang kad OneCard, jualan ini dibuka lebih awal untuk anda, dari 20-31 Januari 2021. Kalau mahu cepat, pergi daftar kad OneCard di 1 Utama sekarang.

Sumber: OneCard

Tetapi sebelum itu, pastikan anda mematuhi SOP memandangkan kita berada di dalam Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sekarang. Pakai topeng muka, jaga jarak dan selalu cuci tangan.

Apa yang menarik?

Produk paling murah dalam senarai ini adalah iPhone 6 16GB yang dilancarkan pada tahun 2014, dijual pada harga RM249 sahaja. Untuk model lebih baru, iPhone 8 64GB ada dijual pada harga RM799, iPhone X 64GB RM1,199 dan iPhone 11 Pro 64GB RM3,399.

Di iPad pula, mereka menyenaraikan iPad mini 4 WiFi 16GB yang dilancarkan pada tahun 2015, pada harga RM599. iPad Pro pertama, 9.7-inci WiFi 32GB dijual pada harga RM1,299.

Jika anda mencari laptop, mereka ada menjual MacBook Air 11-inci 64GB dijual pada harga RM999 sahaja. Model ini dilancarkan pada tahun 2010. Ada juga MacBook Pro 13.3-inci, Intel Core i5, 320GB HDD berharga RM999. Model ini dilancarkan pada tahun 2011.

Semak senarai penuh produk terpakai dan dibaiki yang akan dijual di jualan cuci gudang Mac City di bawah ini:

[Sumber: Mac City]