• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home APP

TnG akan lancar produk pelaburan, pengguna boleh labur serendah RM10

  • OLEH Fatin Amanina
  • 4:33 pm
  • 17/01/2021
  • Komen
Kini Anda Boleh Tambah Nilai Touch ‘n Go Terus Dari Telefon
Share on FacebookShare on Twitter

Kumpulan Touch n Go (TnG) mengumumkan anak syarikatnya, TnG Digital Sdn Bhd (TnGD), telah diberi kelulusan bersyarat oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) untuk beroperasi sebagai Pengendali Pasaran yang Diiktiraf (RMO). Ini sekaligus menjadikan ia sebagai e-wallet pertama yang mendapat kelulusan ini.

Perkara tersebut membolehkan syarikat TnGD mengurus pengendalian serta mengedarkan produk pasaran modal secara langsung, ia termasuk dana unit amanah pasaran wang melalui aplikasi TnG e-Wallat. Setiap perkara atau projek baharu yang mereka ingin lakukan tidak perlu melibatkan aplikasi pihak ketiga.



Aplikasi TnG kelak mungkin akan memberi manfaat sama seperti aplikasi Raiz, sebuah aplikasi pelaburan dana unit saham yang dicipta oleh Permodalan Nasional Bhd (PNB). Aplikasi ini membolehkan pengguna menyimpan dan melaburkan wang mereka dengan mengambil potongan kecil dari pembelian harian.

TnGD akan jadi medium pelaburan

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Kumpulan TnG, Effendy Shahul Hamid berkata, status RMO akan membolehkan TnGD menawarkan pelbagai produk digital yang inovatif kepada pengguna.



Effendy Shahul Hamid. Sumber

Selain itu, menurutnya juga pada suku pertama tahun ini, produk kewangan berbentuk perlaburan akan dilancarkan melalui TnGD. Ia dihasilkan bertujuan memberi kelainan dan membolehkan pengguna melakukan pelaburan serendah RM10. Namun begitu, belum diumumkan lagi tarikh pelancaran produk tersebut.

Penginovasian ini direalisasikan dengan adanya kerjasama di antara TnG dengan Principal Asset Management (Principal) iaitu salah satu syarikat pengurusan dana terbesar di Malaysia.

Principal mempunyai kepakaran dalam strategi pelaburan serta pengurusan dana. Oleh itu, sudah tentu inovasi yang dilhamkan itu akan digunakan oleh ramai pihak apabila ianya tersedia kelak.

Tags: Touch n GoTouch n Go eWallet
Fatin Amanina

Fatin Amanina

POPULAR

Pembayaran digital meningkat ketika COVID-19, 74% rakyat Malaysia berjaya lakukan transaksi tanpa tunai sepenuhnya

Pembayaran digital meningkat ketika COVID-19, 74% rakyat Malaysia berjaya lakukan transaksi tanpa tunai sepenuhnya

5 Ogos 2022
Apple Pay di Malaysia: Ini tutorial untuk gunakannya

Apple Pay di Malaysia: Ini tutorial untuk gunakannya

9 Ogos 2022
China akan dilarang jual telefon murah di India

China akan dilarang jual telefon murah di India

9 Ogos 2022
Edisi 2022: Senarai 8 telco yang ada pelan prabayar Internet unlimited di Malaysia

Edisi 2022: Senarai 8 telco yang ada pelan prabayar Internet unlimited di Malaysia

5 Januari 2022
6 perkara yang anda patut tahu tentang siri Samsung Galaxy S22

Tidak mustahil lagi menangkap gambar malam di bandar dengan Samsung Galaxy S22 Nightography

29 Jun 2022
Barang Lazada & Shopee yang dihantar dari luar negara bakal dicukai 10% bermula 2023

Barang Lazada & Shopee yang dihantar dari luar negara bakal dicukai 10% bermula 2023

5 Ogos 2022

Copyright © 2022 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2022 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER