• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

KWSP i-Sinar: Pembayaran Kategori 2 dipercepat ke 26 Januari 2021

  • OLEH Hanif Azrai
  • 5:13 pm
  • 18/01/2021
  • Komen
KWSP i-Sinar: Pembayaran Kategori 2 dipercepat ke 26 Januari 2021
Share on FacebookShare on Twitter

Inisiatif 8 dalam pakej bantuan Perlindungan Ekonomi dan Rakyat Malaysia (PERMAI) ada menyatakan penambahbaikan kini dilakukan keatas inisiatif i-Sinar. Ada dua tambah baik dilakukan keatas i-Sinar iaitu:

  1. pembayaran pendahuluan RM1,000 akan mula dibayar seawal 26 Januari 2021
  2. pengistiharan secara kendiri boleh dilakukan untuk mengesahkan yang mereka memenuhi kriteria yang ditetapkan

Sebelum ini, program i-Sinar Kategori 2 dibuka permohonannya pada 11 Januari 2021 dan pembayaran pertama dilakukan sebelum akhir bulan berikutnya iaitu seawal Februari 2021.



Walau bagaimanpun, syarat permohonan i-Sinar kekal seperti awal pengumumannya.

2 kategori pencarum yang layak memohon i-Sinar

KWSP membahagikan 8 juta pencarum yang layak memohon i-Sinar ke dalam dua kategori.



Kategori 1

Kategori 1 ialah mereka yang:

  • Bekerja dalam sektor formal
  • Bekerja sendiri
  • Bekerja dalam sektor ekonomi gig
  • Sudah lama tidak mencarum
  • Hilang pekerjaan
  • Suri rumah
  • Pekerja yang menerima notis cuti tanpa gaji

Syarat tambahan yang memasukkan mereka dalam kategori 1 adalah:

  • Tiada caruman KWSP sekurang-kurangnya selama 2 bulan berturut-turut semasa memohon; ATAU
  • Gaji pokok telah dikurangkan sebanyak sekurang-kurangnya 30% selepas 1 Mac 2020.

Sekiranya anda tergolong dalam kategori ini, tiada dokumen sokongan diperlukan. Malahan, kelulusan akan dilakukan secara automatik berdasarkan data dalaman KWSP.

i-Sinar untuk kategori 1 boleh mula dimohon pada 21 Disember tahun 2020 di portal isinar.kwsp.gov.my

Kategori 2

Kategori dua ialah golongan yang pendapatannya berkurangan sebanyak 30% atau lebih. Pengurangan pendapatan merangkumi pengurangan gaji, elaun, dan tuntutan kerja lebih masa selepas 1 Mac 2020.

Untuk permohonan kategori ini, dokumen tambahan diperlukan iaitu:

  • Slip gaji sebelum dan selepas pengurangan pendapatan; dan
  • Notis pemberhentian atau pemotongan elaun dan / atau tuntutan kerja lebih masa

Sekiranya dokumen-dokumen seperti di atas tidak boleh disediakan, dokumen sokongan lain seperti penyata bank, dan surat pengesahan majikan akan turut diberi pertimbangan oleh pihak KWSP.

Pemohon yang berada dalam Kategori 2 boleh mula memohon bermula 11 Januari 2021 melalui portal isinar.kwsp.gov.my.

Tags: i-sinarisinarkwsppermai
Hanif Azrai

Hanif Azrai

POPULAR

Cara hasilkan gambar pasport Malaysia dengan hanya gunakan telefon

Cara hasilkan gambar pasport Malaysia dengan hanya gunakan telefon

27 Januari 2023
Banyak MacBook terpaksa dijual relai disebabkan cip T2 Apple ini

Banyak MacBook terpaksa dijual relai disebabkan cip T2 Apple ini

26 Januari 2023
KWSP i-Sinar: Pembayaran Kategori 2 dipercepat ke 26 Januari 2021

KWSP i-Sinar: Pembayaran Kategori 2 dipercepat ke 26 Januari 2021

18 Januari 2021
Edisi 2022: Senarai 8 telco yang ada pelan prabayar Internet unlimited di Malaysia

Edisi 2022: Senarai 8 telco yang ada pelan prabayar Internet unlimited di Malaysia

5 Januari 2022
Anda boleh bergambar dalam sudut senget, serong, miring atau terbalik dengan telefon ini

Dapatkan pelbagai sudut gambar menarik guna Galaxy Z Flip4 tanpa bantuan tripod & orang lain

13 November 2022
Samsung Wallet kini di Malaysia, periksa telefon anda untuk kemas kini

Samsung Wallet kini di Malaysia, periksa telefon anda untuk kemas kini

30 Januari 2023

Copyright © 2022 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2022 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER