• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Jenama Apple

Langganan percuma Apple TV+ dilanjutkan lagi sehingga Julai 2021

  • OLEH Najib
  • 11:24 am
  • 21/01/2021
  • Komen
Langganan percuma Apple TV+ dilanjutkan lagi sehingga Julai 2021
Share on FacebookShare on Twitter

Apabila memperkenalkan perkhidmatan Apple TV+ pada tahun 2019, Apple mengumumkan ia memberikan langganan premium ini percuma selama setahun untuk pembeli peranti baru Apple. Pada bulan Oktober tahun lepas, Apple mengumumkan lanjutan langganan premium percuma ini sehingga Februari 2021.

Kini, Apple mengumumkan lagi lanjutan untuk langganan percuma Apple TV+. Pengguna yang memiliki langganan Apple TV+ tamat antara Februari hingga Jun 2021, akan melihat tempoh tamat diperbaharui kepada Julai 2021.



Bermakna, jika anda mengambil langganan percuma Apple TV+ sejak diumumkan pada Oktober 2019, anda boleh terus menikmatinya selama 1 tahun 10 bulan, sehingga Julai 2021. Jika dibayar, harga langganan Apple TV+ di Malaysia adalah RM19.90/bulan.

Kepada pelanggan yang telah membayar yuran langganan Apple TV+, mereka akan menerima wang kembali setiap bulan sehingga Julai 2021. Apple akan memaklumkan perkara ini kepada pelanggan dalam masa terdekat.



Kandungan eksklusif Apple TV+

Apple TV+ menyediakan kandungan eksklusif yang dihasilkan oleh Apple sendiri. Ia tidak menayangkan kandungan pengeluar lain, di mana pengguna perlu membayar berasingan jika mahu menonton kandungan bukan keluaran Apple. Di sini, ramai pengguna membandingkannya dengan Netflix di mana kandungan Apple TV+ terlalu sedikit.

[Sumber: 9to5mac]

Tags: appleApple TVApple TV Plus
Najib

Najib

POPULAR

Langganan percuma Apple TV+ dilanjutkan lagi sehingga Julai 2021

Langganan percuma Apple TV+ dilanjutkan lagi sehingga Julai 2021

21 January 2021
MyKad generasi baharu diperkenal dengan 53 ciri keselamatan, ini apa yang berubah

MyKad generasi baharu diperkenal dengan 53 ciri keselamatan, ini apa yang berubah

16 September 2026
Siri Oppo A7 Pro diumum dengan bateri 10,000mAh, tempahan dibuka dengan rebat RM200

Siri Oppo A7 Pro diumum dengan bateri 10,000mAh, tempahan dibuka dengan rebat RM200

14 September 2026
iPhone 18 Pro: Ini perbandingan pelan telco paling ‘ngam’

iPhone 18 Pro: Ini perbandingan pelan telco paling ‘ngam’

16 September 2026
Selamat & tahan lama: ELECOM lancar powerbank Semi-Pepejal harga pada RM199

Selamat & tahan lama: ELECOM lancar powerbank Semi-Pepejal harga pada RM199

15 September 2026
Oppo Find X10 Pro Max jadi antara telefon pertama guna cip Dimensity 9600 Pro 2nm

Oppo Find X10 Pro Max jadi antara telefon pertama guna cip Dimensity 9600 Pro 2nm

15 September 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN